Wednesday, December 23, 2020

Pengurusan jenazah PLHIV (HIV+)

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Sila share...

PENGURUSAN JENAZAH PLHIV, ANTARA MITOS DAN REALITI.

Sebelum saya menulis, haruslah kita ingat bahawa HIV bukanlah penyakit, dan ianya tidak akan menjadi penyebab kematian secara lansung. Dan pada masa kini, kematian akibat AIDS adalah hampir kepada sifar. Itu pun bergantung kepada banyak faktor.

Namun kematian adalah pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini, walau sesihat mana pun seorang manusia itu. Seorang yang hidup dengan HIV boleh meninggal dunia dengan pelbagai sebab. Sama seperti orang lain. Kemalangan, kanser, Tibi, denggi, sakit jantung, stroke, paru-paru berair atau apa sahaja sebab kepada setiap kematian.

Sekiranya kematian seorang PLHIV berlaku di rumah, jenazah boleh diuruskan seperti biasa, kerana apabila telah mati seorang anak adam itu, matilah virus HIV di dalam badannya. Dan menjaga aib jenazah adalah tanggungjawab individu yang menguruskan kematian tersebut.

Bayangan jenazah PLHIV yang bernanah, berkudis, dan sebagainya adalah tidak benar. Kes sedemikian selalu berlaku pada waktu dahulu adalah akibat AIDS, AIDS adalah tahap terakhir sekiranya seorang individu HIV tidak pernah mendapatkan rawatan. Pada masa sekarang amat jarang PLHIV sampai ke tahap AIDS.

Sekiranya seorang PLHIV meninggal dunia di hospital di mana beliau mendapatkan rawatan HAART, pihak hospital akan memberi pilihan kepada keluarga sama ada bawa pulang dan menguruskannnya di rumah atau menyerahkan pengurusan kepada pihak hospital.

Di bilik mayat, di mana jenazah diuruskan, petugas akan menggunakan S.O.P yang biasa digunakan kepada semua JENAZAH BERISIKO. Berisiko di sini adalah meliputi jenazah yang meninggal akibat kemalangan, Tibi, kanser dan sebagainya. Bukan bermaksud hanya jenazah PLHIV sahaja adalah jenazah berisiko.

Hanya jenazah yang sewaktu meninggal masih mempunyai luka-luka, kudis, masih berair walaupun setelah dimandikan dan perlu dipakaikan pampers, kain kafannya akan diselang selikan dengan plastik putih. Dan kondisi ini kini amat jarang dan hampir tidak lagi berlaku kecuali kepada pengidap AIDS (diulang, AIDS hanya berlaku kepada PLHIV yang tidak mendapat rawatan lansung, dan kini AIDS mencapai angka sifar, iaitu hampir tidak berlaku).

Namun kematian dengan luka-luka, keluar cecair badan, dan sebagainya juga boleh berlaku kepada pesakit kanser dan kematian akibat kemalangan, mayat reput, terbakar atau pembunuhan .

Pelbagai jangkitan lain melalui sentuhan, udara, dan pathogen adalah perlu lebih diambil perhatian. HIV tidak berjangkit dengan cara tersebut.

Jenazah akan dikafankan dan kemudiannya akan diserahkan kepada waris untuk urusan pengkebumian. PLHIV yang mendapat rawatan HAART, kebiasaannya kondisi jenazahnya sama seperti jenazah lain, yang boleh ditatap dan dicium wajahnya oleh sanak saudara.

Setakat ini yang diketahui dari dua sumber iaitu hospital di Johor Bharu dan di Kuala Lumpur, kos pengurusan jenazah iaitu, mandi, mengkafan ialah RM700 di Johor Bharu dan RM600 di Kuala Lumpur.

Harus diingat, kos ini adalah upah personal yang diminta dan atas budi bicara oleh pihak pengurus jenazah, bukannya caj dari pihak hospital atau KKM.

Setelah dikafan, iaitu keluar dari bilik mayat, waris bolehlah membawa jenazah ke masjid dan sebagainya untuk solat jenazah dan seterusnya dibawa ke kariah yang telah diuruskan keluarga. Sebaik sahaja keluar dari bilik mayat, adalah tidak perlu dimaklumkan bahawa individu tersebut adalah PLHIV.

Jika waris meminta pihak hospital menguruskan jenazah PLHIV, pihak hospital juga biasanya menjemput ahli (pengurus jenazah sekitar) yang biasa menguruskan jenazah dan menguruskannya dari bilik mayat dan solat jenazah. Pengkebumian pula, bergantung pada kehendak pihak waris untuk menguruskan sendiri atau menyerahkan kepada pihak hospital untuk menghantar jenazah ke kariah yang dikehendaki.

Di sini kos pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak / kariah sesuatu tempat.

Menguruskan jenazah adalah tanggungjawab kepada yang masih hidup, ianya adalah fardhu kifayah.

Nota:

1. Perlu difahami BEZA dan PERSAMAAN antara Pengurusan Jenazah Berisiko dan Jenazah PLHIV.

2. Setiap pengurus jenazah sesebuah kariah sepatutnya telah terlatih (atau sekurang-kurangnya seorang wakil) telah didedahkan dengan kursus sedemikian. Mereka juga telah faham S.O.P tersebut.

Sebenarnya jika sekadar menguruskan jenazah PLHIV biasa, penggunaan basic Personal Protective Equipment (PPE) seperti boots dan gloves sudah memadai. Prosedur ini memang standard dan sepatutnya digunakan semasa menguruskan mana-mana jenazah pun.

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, MALPRACTICE & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."

MG DA,
http://www.facebook.com/ppwmfanpage

http://akuhivpositif.blogspot.com/
http://www.positivewarriors.org/ 

Monday, August 5, 2019

Hidup sebagai isteri kepada HIV+

Hidup sebagai Magnetic Wives. Serodiscordant couple. Salah seorang negatif, seorang lagi HIV+.

Ini adalah perkongsian dari group kami, sehari dua ni.

Ada pasangan apabila berkahwin, doktor akan minta ambil PreP, walaupun suami dah konsisten uvl lebih 2 tahun. Tidak semua doktor mengaplikasikan prosedur ini.

Ini kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah KKM belum mengiktiraf konsep U=U. Dan KKM telah mendapat pengiktirafan tiada jangkitan sewaktu kelahiran, sejak tahun 2018.

Sekiranya pasangan menolak untuk mengambil PreP. Isteri harus bersedia untuk, rekod kesihatan mereka juga dipantau, terutama apabila mengandung. Walaupun mendapat pemeriksaan di klinik yg berlainan.

Pendekatan ini tidak sama bagi setiap klinik kesihatan.

Kita harus akui tidak semua klinik kesihatan mempunyai rekod mesra layanan kepada komuniti HIV.

Ada isteri akan menghadapi situasi-situasi yg kurang enak.

Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh affected people.

Serodiscordant couple juga sepatutnya adalah salah satu target key population.

Malaysia tanpa stigma
Adalah satu impian yang besar bagi komuniti HIV.

Magnetic Wife
-Hanan

#magneticwife
#serodiscordant
#HIVawareness
Pertubuhan Islah Movement


Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Tuesday, April 16, 2019

Kepentingan Vaksin HPV

Kepentingan HPV Vaksin

Ramai yang menganggap vaksin HPV hanya untuk perempuan sahaja.

Ini adalah salah.

HPV ini boleh mengjangkiti tanpa mengira jantina. Virus HPV ini boleh menyebabkan kanser pangkal rahim, kanser mulut, kanser anal dan kanser alat kelamin lelaki (penile cancer).

Risiko kepada mereka yang menghidap HIV+ adalah lebih tinggi. Kerana itu disarakankan wanita yg hidup dengan HIV melakukan pap smear setahun sekali, sedangkan wanita yang tidak menghidap HIV ialah 3 tahun sekali.

Dinegara barat remaja lelaki dan perempuan diberikan suntikan vaksin HPV sebelum mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Iaitu lingkungan bawah 15 tahun.

Di Malaysia hanya remaja perempuan sahaja yang diberikan suntikan vaksin HPV percuma.

Ada kajian mengatakan suntikan vaksin HPV tidak begitu berkesan kepada PLHIV yang berumur 27 tahun ke atas, namun ialah hanya mampu berkesan bagi mengelak kanser oral.

Anda boleh mendapatkan vaksin Gardasil 9 di klinik-klinik cawangan FRHAM atau lab-lab dan klinik swasta.

Gardasil 9 berharga rm450 untuk satu suntikan, 3 suntikan lengkap diperlukan oleh semua individu berusia 15 tahun keatas.

Namun ada klinik-klinik atau lab swasta seperti Bp Lab yang masih menyimpan stok Gardasil 4, yang lebih murah iaitu rm810 untuk 3 dos lengkap.

Anda juga akan diminta untuk melakukan ujian saringan HPV dahulu sebelum mengambil vaksin HPV, untuk memastikan anda tidak ada virus ini. 

Mohon panjang-panjangkan maklumat ini, sebagai satu langkah pencegahan.

Sumber rujukan:

http://www.myhealth.gov.my/human-papilloma-virus-hpv/

https://www.poz.com/article/hpv-vaccine-gardasil-effective-people-hiv-age-27

http://www.frham.org.my/index.php?our-organization


Friday, March 29, 2019

Sudi berkahwin dengan HIV+?


Apa date? Date lepas nikah lah best.

Setia ingatkan makan ubat.
Berbincang dengan doktor tentang rancang anak.
Hadiri program-program support untuk dia, bersama dia.
Selalu tambah knowledge ttg HIV.

Sokong dia waktu dia down.
Selagi dia menunaikan hak zahir dan batin, dia adalah manusia sempurna.

Indah okeh.😊

Wednesday, February 6, 2019

Sedikit panduan bagi yang baru didiagnosed HIV+



Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Sunday, August 5, 2018

Dimana untuk dapatkan PreP/PeP


PreP/PeP boleh didapati dengan prescription di:

PT Foundation (KL)
The Red Clinic (KL)
PPUM (KL)

Purepharmacy (Penang) dapatkan preskripsi dari doktor di Hosp Pulau Pinang dengan menghubungi FHDA Penang.

Interpharm (JB) boleh hubungi Klinik Kesihatan Mohammadiah untuk mendapatykan doktor yang boleh bagi preskripsi.

Hanya Tenvirm/Tenof sahaja disahkan oleh FDA/WHO untuk PreP, harga dalam lingkungan rm200 sebotol mengikut farmasi. Untuk PeP pula ada kombinasi lain.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Sunday, July 29, 2018

HIV jika ingin berkahwin

apabila pasangan serodiscordant (negative hiv dan positif hiv) ingin berkahwin, kami amat bahagia sekiranya pihak lelaki yang bersungguh dan mahu mencari panduan untuk proses perkahwinan ini. jika kedua2nya pun mahu berbincang adalah lebih baik.
namun selalu situasi yg berlaku adalah pihak wanita yang berusaha untuk hubungi banyak pihak.
benar, kebanyakannya baru diagnose dan sedang dalam fasa awal.
namun perkahwinan yang dicari adalah untuk seumur hidup,kesungguhan lelaki yang akan menjadi imam itu adalah lebih memudahkan proses dan menampakkan kita akan perann perkahwinan itu sendiri.
proses atau prosedur untuk kahwin itu kita nampak susah sangat,walaupun jalannya sama dan mmg akan berakhir dengan keizinan kahwin juga.
namun sebuah perkahwinan tanpa lelaki mengambil peranan sebagai suami dan imam,kerap kali menemui jalan kehancuran dengan mudah, dan dalam tempoh yang singkat.

note: orang yang hidup dengan HIV, sekiranya mendapat rawatan, boleh membina keluarga bahagia yang bebas dari HIV.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz