Thursday, July 30, 2015

Datang dan pergi

Memandangkan blog ni tak ramai pembaca, aku ingin meluahkan sesuatu difikiran aku hariini.

Aku terlibat dengan dunia NGO sejak 3 tahun lepas, awalnya aku bermula setelah mengenali seorang manusia hebat iaitu ahp pie. Dia kenalkan aku dengan komuniti HIV. Kemudian sedikit demi sedikit aku mula diserap didalam dunia NGO ini. Aku banyak melihat dari berkata-kata. Bila aku semakin jauh dan terlibat aktif. Baru aku sedar tak semua yang terlibat dengan NGO ini berjiwa sukarelawan. Arwah ahp pie sering berkongsi pendapat dan pengalaman. Dan banyak nasihat dia aku terima untuk terus bergerak dalam dunia NGO ini.

Awalnya aku terlibat dalam 2-3 NGO, tapi akhirnya mula tahu, tak semua kena dengan jiwa aku. Kadang-kadang aku terfikir aku ni bukan siapa-siapa, aku bukan PLHIV pun, dan pendapat aku pun kadangkala tak dipandang, kadangkala aku jadi sering bertanya fungsi diri.

Aku cuba sedaya upaya membantu, tapi agak sedih bila yang dibantu kemudian berlalu pergi. Aku tak harap apa-apa selain sebenarnya hati kecil aku mengharap agar orang yang dibantu untuk berazam membantu orang lain pula.

Tapi kebanyakannya, setelah selesai satu masalah, mereka akan berlalu pergi, senyap. Dan akhirnya tinggallah beberapa kerat ni yang masih cuba menjalankan amanah ini.

Maafkan aku, aku tak meroyan kerana aku sedar jiwa untuk berada dalam komuniti dan terus membantu komuniti tu bukan milik semua orang.

yep, setelah dia pergi, dunia ini terlalu sunyi. Ahp pie, tak pernah membezakan golongan msm atau ex idu, dia tetap membantu, walau dicerca dan dibuang. Dia mengajar aku, untuk jangan sekali melihat orang melalui silamnya, sebaliknya lihatlah apa yang boleh dilakukan pada hariini. Dia juga mengajar aku, biar bergadai untuk kerja2 ini, namun jangan sekali mengharapkan dibayar untuk kerja-kerja ini.

Kadangkala aku tertanya-tanya, kenapa aku terhegeh-hegeh disini?

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Wednesday, July 22, 2015

Pencarian maklumat tentang perkahwinan PLHIV

Ya, aku sedang mencari maklumat ni dikalangan rakan-rakan komuniti. Masalah disini setiap negeri tidak sama prosedurnya, ada yang tidak perlu melalui jalan sukar iaitu memaklumkan pada keluarga, ada pula yang melepasi halangan sukar itu dengan jayanya.

Kadangkala aku pelik juga dengan prosedur yang tidak standard ini.

Namun bagi aku, kita ken kuat dan yakin bahawa jodoh itu ditangan tuhan, kalau sukar manapun, tapi memang dia jodoh kita, kita akan berjaya lalui halangan itu. Tapi kalau bukan jodoh kita, skecil ujian pun dah boleh memisahkan.

Prosedur yang asas ialah perlu memaklumkan seorang ahli keluarga pasangan, seelok-eloknya wali bagi pasangan wanita, bagi lelaki pula seorang juga wakil. Kemudian pasangan dan wakil keluarga ini nanti akan diberi kaunseling oleh pihak jabatan agama islam, yang aku tak pastilah samada mereka ini pakar atau tidak dalam isu HIV.

Bagi aku, antara langkah-langkahnya ialah, dedahkan pasangan dengan maklumat tentang HIV sebanyak-banyaknya, jadikan diri dan bakal pasangan sebagai duta kepada maklumat tepat tentang HIV, jadi berceritalah juga kepada keluarga, lama-lama keluarga akan jadi bermaklumat dan bila sampai masanya, keluarga akan tidak ada halangan.

Itulah yang aku lakukan.

Aku memang terlibat aktif dalam isu komuniti HIV lebih kurang 3 tahun. Keluarga AHP Pie pun pernah datang kerumah, dan ibu sangat menyambut baik. Ibulah juga yang pung pang pung pang bagitahu jiran-jiran tentang fakta tepat tentang HIV, dan itu semua adalah sebelum aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Dan bila bertemu suami, perlahan-lahan aku bagitahu ibu. Ibu terima dengan baik.

Bagi aku, semua ujian sebelum perkahwinan, walau apapun, tidaklah seberat ujian berkahwin itu sendiri. Walaupun aku dan dia sangat bahagia, namun bukankah kebahagiaan itu juga ujian?

Dia, dan seisi dunia ini sekadar pinjaman.


NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile