Saturday, March 25, 2017

HCV: LANGKAH 1

Ubat yang kami beli dari Edward telah pun sampai pada kami.  Minggu depan Isnin ini, kami akan ke Selayang, berjumpa dengan doktor pakar di hospital A. Harapnya semuanya berjalan dengan ok, dan doktor tu akan bantu abang untuk mulakan rawatan.

Harap sangat.

Seorang rakan perlu membeli untuk satu sesi lagi iaitu utk 12 minggu lagi kerana doktor baru mengesan cirhosis. Harapnya abang belum lagi ke tahap itu. Jika tidak kami perlu merancang kembali perbelanjaan kami.

Menyebut tentang perbelanjaan, nasiblah kami sentiasa dicukupkan. Abang bekerja secara sukarela di Teduhan Kasih, dimana ia perlu untuk kepulihan beliau dan aku tahu dia gembira disana. Setakat ini perbelanjaan kami adalah melalui sumber pendapatan aku yang bekerja di pejabat. Dan kami sekadar hidup berdua. Bolehlah juga kami mampu pergi bercuti sekali dua.

Dan setakat ini alhamdulillah, kami okay dengan keadaan kami.

Doakan urusan kami dihospital A berjalan dengan baik ya.

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Tuesday, March 14, 2017

HIV: Prep dan Pep

Dua minggu lepas aku ikuti perjumpaan dengan magnetic wives dan juga bengkel tentang Prep dan Pep oleh Dr. Ilias Lee dari Heritage Clinic.
Prep ialah ubatan haart yang diambil sebelum aktiviti berisiko jangkitan HIV, dimana salah satu ubatan haart ialah Tenvir M dan stocrin. Doktor akan bagi prescription ubatannya. Iaitu ambil 24jam sebelum, dan 2 jam sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan dan kemudiannya 48 jam selepas mengadakan hubungan tersebut. Sekiranya pasangan telah berkahwin dan hubungan seks memang selalu berlaku,boleh amalkan ambilan ubatan ni setiap hari mengikut waktu yang doktor berikan,sehinggalah pasangan mendapat status undetectable,selalunya 6 bulan setelah pasangan positif ni mendapatkan rawatan.

Aku tanya doktor Ilias,bagaimana sekiranya pasangan tak mahu juga ambil rawatan?

Kata doktor ilias,ambillah ubat tu sampai kamu jadi balu. Haha.

Pep, pula sekiranya telah berlaku hubungan seks atau aktiviti berisiko (biasanya hubungan seks) dalam tempoh 72 jam, boleh ambil ubatan ini, dan terus mengambilnya mengikut arahan doktor sehingga 28hari.

Dengan ini juga bagi yang merancang untuk dapatkan zuriat juga tidak perlu risau kerana tiada risiko kepada zuriat walaupun pasangan tidak mendapatkan haart.

Untuk pasangan yang telah mendapat rawatan Haart dan telah mencapat status undetectable tiada masalah dalam isu ini,jangkitan tidak pernah berlaku dari pada mereka yang telah undetectable dan patuh dengan rawatan. Orang yang patuh rawatan dan undetectable ini selamat untuk anda lakukan hubungan seks bersama dan mendapatkan zuriat. Mereka memang telah bebas dari mengjangkitkan hiv. Hiv berhenti pada mereka. Kahwinilah mereka,sekiranya mereka baik dan soleh. Anak pun confirm bebas dari HIV (eh,ayat macam promosi.haha)

Mengikut kajian, kaedah ini lebih baik dari pemakaian kondom dimana peluang elak HIV ialah 70%. Kerana kondom boleh pecah sewaktu hubungan seks,dan juga hanya boleh dipakai bila zakar telahpun keras, sedangkan air mazi juga mempunyai risiko jangkitan hiv yang sama tinggi dengan air mani.
Kami juga diterangkan bahawa dalam perlakuan seks hanya 3 perkara sahaja penyebab HIV. Iaitu zakar ke faraj, zakar ke dubur dan zakar ke mulut. Cuma didalam kes zakar ke mulut, sekiranya yang positif hiv adalah tuan punya mulut, dan tuan punya zakar negatif hiv, risiko.jangkitan tidak berlaku disitu.
Diterangkan juga kini ada risiko anal cancer selain HIV terutamanya kepada golongan homoseksual penerima. Namun pasangan heteroseksual juga ada kemungkinan tipis untuk jangkitan. Oleh itu pasangan magnetic sentiasa dinasihatkan untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan HPV  contohnya yang boleh membawa pada kanser serviks. Banyak rawatan dan pemeriksaan percuma disediakan di klinik dan hospital kerajaan kini.
Ubatan prep dan pep ini hanya disediakan dimana-mana farmasi yang membekalkan ubatan haart,iaitu farmasi Anis di HSB dan standard farmasi yang berhampiran HKL tak silap aku. Dan doktor yang setakat ini yang boleh membantu untuk pep atau prep ialah doktor Ilias sendiri di Heritage Clinic, The Red Cilinic, dan Klinik ID di UMMC. Harga pula sekitar rm180-rm250. Termurah ialah di UMMC, iaitu rm180. Kata Doktor Ilias,dia sedang berkempen kepada farmasi untuk menurunkan harga hingga rm50-rm80 sebulan.

Dicadangkan pasangan yang jarak jauh habya mengambil bila perlu shj iaitu 24 jam sebelum,2 jam sebelum,setiap hari hingga 48 jam hubungan seks terakhir.

Nampaknya jika anda berpengetahuan, seks tidak lagi menjadi penyebab HIV.

Puas hati dengan bengkel ni. Diharap pasangan magnetic couple akan tampil menghubungi aku untuk kita sama-sama sertai bengkel seperti ini.

Kawan dari Pertubuhan Islah Movement juga membawa test kit percuma untuk sesiapa mencuba.

Friday, March 3, 2017

Isu bekalan ubat HAART

Dimana-mana support group HIV samada FB atau whatssap group ramai menyatakan bekalan ubatan HAART mula bercatu. Kalau dahulu ubatan haart diberi mengikut tarikh temujanji iaitu 3 atau 6 bulan sekali,kini tidak lagi. Ada hospital yang hanya memberikan bekalan selama seminggu sahaja,dan pesakit akan dihubungi untuk bekalan seterusnya.

Ramai mula beralih ke alternatif lain iaitu membeli di farmasi. Dan ramai juga yang bertukar kepada Viraday iaitu kombinasi tenvir em dan efavirenz. Harganya ialah rm180 sebotol, setakat ini. Dan boleh didapatkan dimana-mana Standard Farmasi.

Abang mengambil Combivir dan Efavirenz. Dimana bekalan Combivr sangat kritikal di hospital-hospital kerajaan. Combivir adalah gabungan Lamivudine dan Zidovudine. Ini bukan gabungan untuk Viraday.

Lalu aku mula mendapatkan maklumat dimana untuk kami dapatkan Combivir sekiranya benar-benar terputus bekalan, walau sebenarnya agak mustahil kerana Kementerian Kesihatan akan perlu juga mendapatkan bekalan ubatan haart ini kepada plhiv dibawah seliaan mereka.

Maklumat dari group HIV ialah sekiranya terputus bekalan ubat HAART, boleh hubungi standard pharmacy+60 3 4043 1880 untuk mengetahui samada mereka punyai bekalan haart ini, dan kemudiannya,apa pun, perlu minta pendapat doktor dahulu. Kemudian hanya bawa kad temujanji hospital klinik ID untuk membeli ubat ini.

Wednesday, March 1, 2017

Suamiku HIV positif

Ini hidup kami. Dan kami agak sibuk akhir-akhir ni. Aku ada masalah kesuburan tapi takut nak buat semua prosedur untuk kesan masalah tu. Jadi abang tak mahu aku stress. Kata abang,kalau ada rezki,adalah.

Abang pun sibuk dengan Pengasih sekarang. Tapi dia dah mula tunjuk minat nak menulis blog. Tapi lepas tulis,asyik padam,katanya tak sedap. Hehe.

Satu hari nanti,aku nak abang menulis di blog ini. Seperti impian aku, aku nak ada zuriat cuma untuk bercerita pada mereka betapa tabah dan hebatnya ayah mereka. Mungkin tiada rezki disitu,biarlah abang menulis kisah dia untuk tatapan aku dan orang lain.

Abang sebelum dia seorang penagih,dia minat pada sastera,gemar membaca. Aku tanya dia,abang ada rakan bekas penagih yang suka membaca? Dia senyum,geleng kepala. Hampir mustahil.

Aku mahu baca tulisan abang. Kisah dia bergelut dengan sehina-hina kehidupan sebagai penagih dadah, masuk keluar penjara, baik penjara tentera mahupun penjara biasa.

Ya, suami saya bekas banduan. Tapi kini dia imam saya. Yang jarang gagal jemaah subuh disurau.

Syurga itu penuh dengan orang yang bertaubat,kata rasul.