Tuesday, December 26, 2017

Worls Aids Day 2017 anjuran PENGASIH

Sabtu lepas 23hb Disember 2017, aku menghadiri sambutan World Aids Day yang dianjurkan oleh PENGASIH dan MAIS.

Peluang bertemu rakan-rakan dan juga insan-insan hebat sangat mengembirakan hati. Bagi aku inilah reunion yang sebenar. Dan ini adalah kali pertama aku mengikuti Abang menghadiri 3 program dalam satu hari. Iaitu World Aids Day, Tournament Futsal Piala Yunos Pathi (24hb Disember 2017) dan An evening @ PENGASIH di Rumah Pengasih, Bukit Tunku.


Sambutan World Aids Day, terdapat 2 slot, slot pertama ialah perkongsian dan soal jawab bersama Dr. Suresh dari Hospital Sungal Buloh. Beliau memaklumkan betapa Hospital Sungai Buloh menerima hampir seribu kes baru setiap tahun,dan HSB telah pun mempunyai Wellness Clinic untuk PLHIV yang telah stabil, kerana bagi Dr. Suresh, PLHIV yang telah stabil bukan lagi pesakit, tetapi sebaliknya People Living with HIV yang hanya perlu terus mengambil ubat. Beberapa pendekatan juga diambil supaya klinik-klinik kesihatan lain juga mempunyai standard layanan yang sama di HSB terhadap PLHIV. Ubatan HAART untuk Prep/Pep juga dalam perbincangan untuk direndahkan harga oleh hasil kerjasama KKM dan farmasi berhampiran yang dilantik oleh pihak hospital bagi setiap negeri. Pihak HSB juga cuba memahami kekangan PLHIV untuk mendapatkan bekalan ubat dan akan cuba membantu mengelakkan PLHIV terputus bekalan ubat.

Pengisian kedua pula ialah perkongsian mereka yang telah lama hidup secara terbuka sebagai PLHIV dan juga pengasas kepada rumah-rumah perlindungan HIV, bersama dengan MAIS.

Dari kiri, Pn. Norlela (Rumah Wahidayah), Tengku Camelia (advokasi transgender dan lgbt), En. Sharul (KARISMA,kuantan),Dato' Yunos Pathi (PENGASIH/MASAC), Ustaz Zulhusni (MAIS), Matron Faridah (Rumah Solehah), En.Edward(MTAAG) dan En.Jaafar Daud (PENGASIH Sg Buloh).Mereka adalah pejuang-pejuang dalam komuniti mereka. Sambutan World Aids Day,Lets come together.
Hari Aids Sedunia, setiap tahun adalah hari meraikan pejuang-pejuang di medan ini,samada yang telah pergi ataupun yang masih memperjuangkan selagi bernafas.
Sharing dari Doktor Suresh dari HSB memberi peluang kepada komuniti untuk mendapat info terbaru dari pihak HSB. Sharing dari otai-otai pula memberi semangat dan inspirasi kepada mereka yang lain.

Melihat abang gembira menemui teman-teman membuatkan aku juga merasa bahagia. Abang 'lahir' di PENGASIH jadi apabila abang berhenti Methadone, abang seolah-olah kembali ketempat kehadirannya. Aku tahu selama 3 tahun abang dalam program methadone hati abang resah dan rindu pada kumpulan sokongan yang telah melahirkan abang.





Malam An Evening @PENGASIH sangat meriah sekali, dari orang-orang lama hinggalah yang baru dalam recovery, mereka berkumpul bertemu rakan, menikmati juadah dan juga penyampaian hadiah buat tournament futsal yang berlansung pada pagi itu.

Dimalam itu juga kami bertemu beberapa rakan lama abang yang juga mengikuti program Training anjuran MASAC dan AADK yang mencadangkan abang untuk mengambil Diploma Kaunseling dimana-mana kolej selepas tamat program Master of Trainer bagi Modul yang dikeluarkan oleh MASAC yang mempunyai beberapa siri kursus dan penilaian.

"apa yang kau dapat dari recovery? sekurang-kurangnya kau ada knowledge dan sijil ni"

Aku dan abang agak terkesan dengan kata-kata rakan abang, Saudara Hamid Yap. Inshaallah kami mula memasang impian untuk belajar bersama, aku ambil Sarjana dan abang ambil diploma.



By the way, berat abang makin bertambah sejak berhenti merokok. huhuh.
Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Thursday, November 30, 2017

undetected HCV, Hepatitis C sembuh!

Alhamdulillah, hariini kami pulang dari hospital dengan 80% kegembiraan dan kesyukuran. Hepatitis C didalam darah abng telah pun mendapat keputusan undetected. menunjukkan keberkesanan rawatan yang abang jalani menggunakan ubat sofosbuvir dan daclatasvir, banyak telah aku tulis tentang rawatan ini, harap dapat merujuk kepada tulisan-tulisan sebelum ini sekiranya masih tertanya-tanya tentang rawatan.

20% lagi redha dengan keadaan hati abang yang telah pun ada polyps gallbladder, akibat virus hep c dan cirhocis yang dulu. namun polyps itu terlalu kecil dan kemungkinan tidak memberi kesan apa-apa, namun harus juga dipantau untuk melihat perkembangannya.

abang juga sebenarnya sebelum ini telah mendaoat advance cirhocis dan bukannya early cirhocis. Namun bacaan cirhocis abang telah sangat menurun dan dengan sembuhnya hep c abang, cirhocis itu tidak akan menjadi lebih teruk sebaliknya akan semakin mengecil bacaannya dan inshaallah akan sembuh.

doktor berseloroh, sepatutnya abang datang lebih awal dengan ubat itu.

Melihatkan perjalanan kami dimana kami membuat keputusan untuk pindah ke hospital ini, setelah lama tidak mendapat apa-apa rawatan sebaliknya hanya ditawarkan rawatan interferon dari hospital sebelum ini, aku yakin Allah ada perancangan yang lebih baik.

Untuk keselamatan dan privasi, aku tidak dapat lampirkan gambar keputusan abang disini. Sebaliknya sesiapa yang mencari rawatan tentang hep c, boleh lah menghubungi aku.

Kerajaan juga telahpun mendapat hak lesen untuk ubat sofosbuvir dan satu lagi jenis ubat (kombinasi) hep c, yang aku lupa namanya.

Namun, senarai menunggu sangat panjang. dengan jumlah pesakit hep c seramai 450,000 diseluruh negara, dan kita tahu budget kementerian kesihatan yang semakin mengecil, aku sangat-sangat syorkan rakan-rakan buatlah rawatan menggunakan kombinasi ubatan (DAA's) ini secepat mungkin. Kini ubatan hep c generic boleh didapati dengsn harga rm5000 untuk rawatan 3 bulan.Ubatan hep c generic sudah terlalu banyak dikeluarkan dan dilesenkan serta di sahkan di negara luar, tetapi Malaysia masih ketinggalan jauh.

Jangan tunggu hingga telah pun di tahap cirhocis.


Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Saturday, September 30, 2017

klinik-klinik kesihatan yang mesra saringan HIV

Banyak kes aku terima ramai yang takut untuk buat ujian saringan HIV. Dan kerap yang datang mengadu dengan pelbagai simptomp, ku ulang sekali lagi, HIv tidak ada simptomp yang khusus.

Buatlah ujian diklinik-klinik kesihatan yang berhampiran, anda boleh juga buat full check up STD, sebab kita tidak tahu selain HIV apa lagi yang berada ditubuh,selepas akviti seksual yang lain. Dan penyakit jangkitan kelamin yang lain boleh berlaku walaupun hanya dengan sentuhan(tidak untuk HIV). Cuma HIV sahaja yang selamat dengan kondom.

Disini aku lampirkan senarai klinik-klinik kesihatan yang telah diiktiraf mesra dengan pelanggan untuk kes-kes STD (Sexual transmit disease).

senarai tahun 2016, diharap akan lebih banyak untuk tahun akan datang.

Sekirany segan, datanglah kekaunter klinik-klinik ini dengan memakai mask :)
Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Friday, September 29, 2017

HIV, PreEP dan PEP

Saya dah buat link whatssapsuamikuhivpoz, jadi tak perlu save number.

Ramai yang bertanya tentang PreP dan PEP, mudahnya, PrEP dan PEP ni adalah pencegahan HIV yang boleh diambil dalam tempoh 72jam sebelum atau selepas aktiviti berisiko.

Paling mudah nak dapat ialah hubungi Klinik Heritage di Kuala Lumpur:

Klinik Heritage

G5, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2712 7026

https://g.co/kgs/FJCA8P



Penerangan panjang dari perkongsian di group HIV AWARENESS MALAYSIA:

Perbezaan di antara PrEP dan PEP

1. Apakah ia PrEP dan PEP?
PrEP merujuk kepada Pre-Exposure Prophylaxis, yang mana ubatan HIV diberikan kepada mereka yang HIV- dan belum terdedah kepada virus HIV untuk mengelakan jangkitan HIV.

PEP merujuk kepada Post Exposure Prophylaxis, yang mana ubatan HIV diberikan kepada mereka yang HIV- tetapi telah terdedah kepada virus HIV dalam tempoh masa 72 jam (3 hari) berlakunya pendedahan terhadap virus.

2. Bagaimana PrEP dan PEP berjalan?
PrEP berjalan dengan pengambilan ubat Truvada (Tenvir-EM) setiap hari bagi HIV- dan berisiko untuk di jangkiti dengan HIV samada melalui hubungan seksual dan tidak mahu menggunakan kondom, ataupun masih lagi mengamalkan perkongsian jarum suntikan. Dengan pengambilan PrEP, apabila mereka terdedah kepada kepada HIV, mereka mampu untuk mengelakan dari dijangkiti dengan virus HIV selagi mana mereka mengambil ubat tersebut. Sebelum memulakan PrEP, Doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan bahawa seseorang itu adalah HIV- dan telah melepasi window period. Selepas sebulan memulakan PrEP, Doktor akan menilai tahap kepatuhan pengambilan ubat. Mereka yang mengambil PrEP di perlukan untuk menjalani ujian saringan HIV setiap 3 bulan.

PEP berjalan dengan pengambilan ubat HIV (HAART) setiap hari selama sebulan bagi HIV-  dan telah terdedah kepada HIV dalam tempoh masa 72 jam (3 hari) dari waktu jangkitan. Sekiranya mereka yang HIV- dan terdedah kepada virus tersebut mengambil ubat HAART dalam tempoh 72 jam dari pendedahan setiap hari selama sebulan, mereka mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk tidak di jangkiti dengan HIV walaupun telah terdedah. Sebelum memulakan PEP, Doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan bahawa seseorang itu adalah HIV- dan juga menilai tahap risiko jangkitan.

3. Siapakah yang patut mengambil PrEP dan PEP
PrEP
Mereka yang HIV- dan tidak mahu menggunakan kondom atau tidak konsisten didalam penggunaan kondom tetapi masih mahu mengadakan hubungan seksual.
Mereka yang masih mengamalkan perkongsian jarum suntikan.

PEP
Mereka yang HIV- dan telah terdedah kepada risiko jangkitan dalam tempoh masa 72 jam. Sebagai contoh, Si A mengadakan hubungan seks dengan Si B dan menggunakan kondom. Namun, tiba-tiba kondom pecah jadi wujudnya risiko jangkitan. PEP boleh diberikan didalam tempoh masa 72 jam dari waktu pendedahan.

4. Apakah ubat yang terlibat dalam PrEP dan PEP
PrEP – Truvada (Tenvir-EM)
PEP – Beberapa jenis HAART seperti Zidovudine, Combivir, Indinavir, Nelfinavir dan lain-lain mengikut pandangan doctor.

5. Apakah tahap keberkesanan PrEP dan PEP untuk menghalang jangkitan HIV?
Keberkesanan PrEP dan PEP adalah sangat tinggi sekiranya ianya di ambil setiap hari dan untuk tempoh yang ditetapkan (bagi PEP).

6. Bolehkah saya mendapatkan PrEP dan PEP di kaunter farmasi?
Ubatan HIV adalah ubatan terkawal dan hanya boleh didapati dengan preskipsi doctor dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

7. Berapakah kos untuk mendapatkan Prep dan PEP?
Walaupun ada ubatan HIV yang diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada PLHIV, situasi yang sama tidak berlaku di dalam konteks PrEP dan PEP. Oleh itu, mereka yang ingin mendapatkan PrEP dan PEP perlu membayar sendiri ubatan yang di ambil. Harga ubatan berbeza mengikut tempat. Sebagai contoh, suatu pharmacy di Lembah Klang mungkin mengenakan RM 400 bagi stok sebulan Tenvir-em manakala PPUM mengenakan RM160 bagi sebulan Tenvir-em.

8. Dimanakah saya boleh mendapatkan PrEP dan PEP di Malaysia?
Coverage PrEP dan PeP di Malaysia pada waktu ini adalah tidak meluas. Walau bagaimanapun, di Lembah Klang, ianya boleh didapati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (dengan surat rujukan) dan beberapa klinik swasta yang lain.

9. Bolehkah PrEP dan PEP melindungi seseorang dari dijangkiti STI yang lain?
PrEP dan PEP hanya boleh melindungi seseorang dari dijangkiti dengan HIV, tidak kepada STI lain seperti Sifilis, Gonorea, HPV.

10. Kata-kata akhir
Tanggungjawab mengurangkan kadar jangkitan HIV tidak hanya terletak kepada mereka yang mempunyai HIV. Mereka yang tidak mempunyai HIV dan masih melakukan aktiviti berisiko juga mempunyai peranan masing-masing. PrEP dan PEP adalah cara yang boleh dilakukan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan HIV. It takes two to tango ibarat pepatah mat saleh. Selain itu juga, anda juga di galakan untuk share info ini di mana sahaja untuk memastikan lebih ramai orang yang tahu akan PrEP dan PEP.

Bersama menuju sifar

#hivpositive #hivpositif #hivsurvivor #hivawarenes #hiv #myaidscouncil #hivmalaysia #stopstigma 
#hentikanstigma #islahmovement

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Monday, September 25, 2017

bukan cinta biasa

Rakan-rakan PLHIV selalu bertanya, adakah pasangan yang akan menerima mereka. Jawapan aku, jodoh ditangan tuhan. Yakin itu.

Cinta aku pada abang sangat dalam, walaupun abang seorang HIV+, bekas penagih dadah, bekas banduan atau paling mudah orang boleh kata  abang bekas penjenayah.

Namun disebabkan abang sangat menghargai aku dengan caranya sendiri, sentiasa bertindak sebagai suami dan kekasih, Allah datangkan rasa kasih antara kami yang sangat dalam. Aku tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan, tapi aku lebih suka berdoa yang baik-baik sahaja dari meramal yang bukan-bukan.

Kerja abang tak menentu. Kadangkala lewat pulang uruskan residen baru masuk, atau terpaksa outstation sebab menemani residen balik kampung dan sebagainya.

Tinggal sendirian, aku lebih mudah membuat tugasan ku dan juga apa-apa yang mengisi masaku, menyantuni mesej-mesej yang bertanyakan tentang isu HIV. Cuma aku kurang gemar menjawab panggilan, biasanya kalau panggilan, aku akan minta abang menjawab. Aku lebih gemar menaip balasan melalui sms atau whatssap.

Telah ku infaqkan kehidupan ini mana yang boleh untuk menyokong komuniti abang. Itu membuatkan hidup aku lebih bermakna.

Selalu bila abang pulang lewat atas urusan-urusan kerja, aku agak risau, sebab kasih sayang sebagai isteri tu kini dah sebati dengan aku, walau aku penuh dengan kekurangan.

Oleh itu rakan-rakan HIV+  disana, jangan risau tentang jodoh, cuma persiapkan diri anda untuk belajar menghargai dan menyayangi jodoh anda.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Sunday, September 24, 2017

Hep C, Sofosbuvir di Malaysia

Perkembangan terbaru Sofosbuvirakan diperkenalkan secara sah di 12 buah hospital kerajaan dan pesakit hep c hanya perlu membayar sebanyak rm500 sahaja.

Ini adalah satu berita yang sangat mengembirakan kepada semua pesakit hep c di Malaysia. Walaupun langkah masih awal sedangkan bilangan pesakit telahpun mencecah 500,000 orang namun ianya adalah satu langkah yang harus dipuji.

Untuk HIV pula, inshaallah 20 tahun lagi penawar akan masuk pasaran global, kita doa-doakan. Kerana saintis sedang berusaha keras mengkaji penawarnya, dan disana-sini pelbagai berita melaporkan penawar yang stabil telah mula dihasilkan.

Namun jangalah pula apabila penawar HIV ditemui, semua aktiviti berisiko dilakukan dnegan berleluasa. Ingatlah hidup ni sekejap cuma.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Tuesday, September 5, 2017

Pertama kali saringan Hep C

Pada 16 Ogos yang lepas, aku membuat ujian saringan Hep C disebuah klinik kesihatan kerajaan. Sebelum itu aku diberikan temujanji selama sebulan. Oleh kerana aku adalah penjawat awam, aku tidak dikenakan sebarang bayaran, jika tidak aku mungkin perlu membeyar rm1 sebagai pesakit luar.

selepas mengambil darah, aku diminta datang dua minggu lagi untuk mendapatkan keputusan.

Dua minggu kemudiannya aku pun mendapat keputusan, dan dikenhendaki berjumpa dengan doktor. Berdebar juga aku. Sewaktu menanti nombor ku dipanggil, bermacam perancangan berada dalam fikiranku, andainya aku positif hep c. Namun aku berfikiran positif dengan merasakan, sekiranya aku positif pun, kesannya pada aku adalah 20 tahun lagi, kehkeh. Gila juga aku.

Kemudian aku dipanggil, dan doktor menunjukkan keputusan.

NON REAKTIF
NON REAKTIF

Phew, lega beb.

Itulah keputusan, setelah berkahwin selama 3 tahun, aku masih negatif hep c, alhamdulillah. Beberapa orang doktor ada memberitahu, kajian mendapati hanya anal seks dan perkongsian jarum sahaja mempunyai risiko yang tinggi. Wallhualam.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Friday, August 4, 2017

Adakah anda HIV positif?


Anda sebenarnya sedang diuji dengan hikmah. Mungkin dari kesilapan lalu. Atau juga sekadar anugerah dari yang esa untuk anda mempunyai kehidupan yang lebih bermakna.

setiap negeri mempunyai kumpulan sokongan, dan anda boleh mendapat maklumat tentang mereka di FB juga di internet.

Kumpulan sokongan ini akan dapat berkongsi panduan kepada anda bagaimana untuk memulakan kehidupan sebagai seorang HIV+.

Anda juga perlu meminta temujanji pertama, setelah saringan kedua di klinik kesihatan tempat anda membuat saringan kali pertama.

Sekiranya anda belum membuat saringan di klinik kesihatan, tapi sebaliknya telah membuat ujian menggunakan HIV test kit yang anda dapat sendiri. Anda diminta ke mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan diseluruh Malaysia. Atau di Melaka,anda boleh ke mana-mana Klinik 1Malaysia untuk ujian tanpa nama (setakat ini hanya di melaka, untuk Klinik 1 Malaysia).

Sekiranya anda mempunyai pengalaman tidak enak dimana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan, anda boleh membuat laporan di portal SPAB.

http://moh.spab.gov.my

Tips untuk mudah di Klinik Kesihatan ialah:

Daftar sebagai pesakit luar seperti biasa di kaunter. maklumkan sahaja anda mahu berjumpa doktor kerana demam. Selepas menunggu giliran, dan berjumpa doktor dibilik. Maklumkan bahawa anda mahu buat ujian sukarela HIV, kerana anda merasakan telah terlibat dengan aktiviti berisiko. Elak dari menjawab sebarang soalan, dan tekankan bahawa anda sekadar mahu buat ujian saringan.

Hanya setelah didapati ujian anda ialah reaktif HIV, barulah anda akan dikaunseling oleh doktor atau kakitangan klinik. Dan anda akan diminta membuat ELISA TEST untuk kepastian.

Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur, anda juga boleh layari http://www.klass.org.my dimana mereka mempunyai petugas yang akan membawa anda membuat ujian di klinik kesihatan, secara percuma dan sukarela.

HIV tidak ada simptomp tertentu, lakukanlah ujian supaya kita tidak diselubungi misteri 😊

nota: KLASS,ISLAH MOVEMENT,INTANLIFE ZONE,SINAR SOFIA,MAC,PT FOUNDATION,BAITUL SYIFA, ini semua antara NGO yg boleh dihubungi thru FB, ttg isu HIV



Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Thursday, July 27, 2017

Pantauan ke 4, Hep C DAAs


[27/07, 11:35 a.m.] My Husband: Feedback rawatan
*bacaan darah ..ok
*tekanan darah..ok
*buah pinggang..ok
*Apapun masa akan menentukan....next rawatan...3bln drp sekarang..ada keputusan rawatan diambil kira👌
[27/07, 11:36 a.m.] My Husband: Baru keputusan rawatan diambil kira..
[27/07, 11:38 a.m.] My Husband: Ultrasound...ada ketumbuhan kecil pd hati..tk merbahaya...perlu dipantau 6bln sekali.

Aku agak risau tentang ketumbuhan kecil ini. Harap sangat ia benar-benar tak merbahaya.

Keputusan penuh tentang kesan ubat ini, akan kami perolehi 3 bulan lagi, 30hb 11 2017, adalah temujanji seterusnya.

Kalau dilihat secara fizikal, abang memang lebih sihat dari sebelum ni.

Oh ya, abang lupa tanya doktor, samada perlu pakai kondom atau tidak setelah habis makan ubat ni, aiseh. Haha. Abang makan ubat Sofosbuvir, Daclatasvir dan Ribavarin yang terakhir adalah pada 20 Julai yang lepas.

Moga Hep C abang, sembuh. Amin.

Yep saya baru buka akaun twitter, please follow saya dan juga boleh contact saya disana ya. Tqq.


(@Suamikuhivpoz): https://twitter.com/Suamikuhivpoz

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Thursday, June 29, 2017

Jika anda didiagnose Hepatitis C

Jika anda didiagnose Hep C, anda perlu tahu Hep C ada pelbagai fasa. Namun sekiranya anda gtelah dicadangkan rawatan oleh Hepatologist, itu bermaksud Hep C anda telah pun kronik.

Pertama sekali tanya doktor pada pilihan yang ada.

Biasanya doktor akan memberi tahu, ada 2 jenis rawatan, iaitu rawatan Interferon yang boleh didapati percuma di hospital kerajaan. Dan satu lagi pilihan ialah rawatan ubat baru dimana Sofosbuvir sebagai regime utama, yang digunakan dengan ubatan lain.

Kedua, lakukan ujian genotype.

Hepatitis C mempunyai 6 genotype utama

Genotype 1a
Genotype 1b
Genotype 2a, 2b, 2c & 2d
Genotype 3a, 3b, 3c, 3d, 3e & 3f
Genotype 4a, 4b, 4c, 4d, 4e, 4f, 4g, 4h, 4i & 4j
Genotype 5a
Genotype 6a

Namun biasanya di Malaysia cuma ada genotype 1,2,3,4

Untuk menegesahkan genotype perlu lakukan ujian HCV Genotyping boleh dilakukan di Hospital Kerajaan tempat anda didiagnose ataupun di makmal swasta seperti Gribble. Kosnya didalam lingkungan rm600+

Ataupun di Malaysian Liver Foundation

Ketiga, ujian Fibroscan

Ujian Fibroscan adalah untuk menegesan samada hati anda telah pun mencapai cirhocis, biasanya untuk mencapai cirhocis ini akan memakan masa lebih dari 10 tahun dari waktu dijangkiti.






ketiga, pilihan rawatan

Anda perlu berbincang dengan doktor yang merawat anda samada mahu atau tidak memantau sekiranya anda mahu menggunakan ubatan baru iaitu Sofosbuvir. Untuk pengetahuan anda ubatan ini setakat Jun 2017, masih belum diluluskan oleh KKM, dan masih didalam fasa Clinical Trial. Untuk itu tidak semua doktor dari KKM yang mengetahui tentang ubatan ini. Dan ada juga yang tidak mahu mengambil risiko untuk memantau. Setakat ini hanya terdapat 5 buah hospital kerajaan yang doktornya bersetuju untuk memantau pesakit yang mengambil ubatan regime baru ini.

Setakat ini hanya wakil dari MTAAG+ , Mr. Edward Low yang menguruskan pembelian ubatan ini. Boleh hubungi saya di whatssap untuk mendapatkan contact beliau. Saya juga telah dihubungi sebuah syarikat pembekal ubatan ini dari India, namun masih lagi saya saring kesahannya untuk saya membuat pembelian pertama.

Kos setakat ini adalah bermula dari rm4050 untuk 12 minggu. Bergantung juga kepada kadar matawang asing.

Untuk menguruskan ubatan ini, anda perlu ada ujian fibroscan dan telah mengetahui genotype anda.

Anda juga perlu mengambil kira samada anda co-infection(HIV +HEP C) mengambil ubatan HIV regime Haart yang melibatkan Efavirenz atau tidak. Ada gabungan Sofosbuvir yang memerlukan sukatan yang berlainan jika anda mengambil Efavirenz.

keempat, teruskan pemantauan

Untuk ubat DAAs (regime baru gabungan Sofosbuvir) ini anda perlu dipantau sewaktu pengambilan ubat dan juga 3 bulan selepas pengambilan ubat untuk mengetahui status hep c anda. 

Jangan sekali-kali gagal menghadiri temunjanji doktor walau dimana pun anda berada. Selepas disahkan bebas dari Hep C, barulah anda bebas dari rawatan. Dengan ubatan regime baru ini rekod kesembuhan adalah 96-98%.

Link rujukan:
amfar


Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Monday, June 26, 2017

Tentang ubatan Hep C (HCV) (DAAs) regime baru

Artikel ubatan DAAs ,antaranya penggunaan Daclastavir yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di eropah dengan brand Daklinza(satu-satunya brand yang keluarkan Daclatasvir 30mg,60mg dan 90mg) telah ditulis pada tahun 2015.

Di US,ubat Hep C DAAs ini boleh didapati di farmasi-famasi,malah di farmasi biasa yang berada di kipmart atau speedmart.

Ubat hep c Sofosbuvir dan Daclatasvir di india kini dah ada yang 3rd generation.
Di Malaysia,baru masuk clinical test fasa 1, akhir tahun lepas. Dan itu untuk ubat yang harganya puluhan ribu dan ianya generic.

Di India, generic.medicine dijual dengan harga usd 135 (sofosbuvir brand hetero) dan Usd 55 (daclatasvir,brand hetero) satu botol. Iaitu total tak sampai rm1000.

Di Malaysia semua ni belum sampai, belum register jadi farmasi tak jual. Doktor hosp kerajaan tak boleh tulis prescription, doktor swasta jual brand Harvony rm18k.

Sofosbuvir dan daclatasvir adalah utk genotype 3, ada kombinasi ubat lain dgn Sofosbuvir utk genotype lain.

Dan semua DAAs adalah 96%-98% cure. Dan memulihkan hati.

Oh ubat DAAs belum register di.Malaysia,wpun kat US dah jual meluas, kat India dah berlambak company buat pelbagai brand. Dah diluluskan oleh FDA semua.

Dan pesakit Hep C ada 450,000 org sahaja di Malaysia, dan kebanyakannya hanya berakhir dengan kematian akibat kanser hati.

Dan ubat interferon,pegasys rejim lama yang kemungkinan sembuh hanya 50% dan ada yg kena kanser darah pula akibat regime lama tu,masih digunakan.
Oh..

Oh.
Oh..


Note: rawatan tanpa cirhocis ialah 3 bulan (3 botol setiap.ubat)
Note: gambar dibawah dikongsi oleh seorang pembekal dari company diindia yang baru aku kenali 2 hari lepas.
Note: saya tak jual ubat. Saya cuma cari fakta demi fakta. Diulang,saya tak jual.
Note: Hep c ada beberapa genotype,sila google kalau nak tahu.

Link rujukan:
interaksi ubatan hep C DAAs
New Hepatitis C Drugs












Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Thursday, June 22, 2017

Pantauan ke Tiga Hep c(HCV) rawatan DAAs

Love, [22.06.17 12:01]
Feedback rawatan
*darah merah naik kepada 12.4...normal..tiada asid forix dibekalkan lgi sbb tk perlu
*bacaan hati turun dari 21 kpda 11...
*buah pinggang ok..
*next jumpa 27/7..
8am...ambil darah.
*jumpa doc..
11 am..
*hasil hanya akan diketahui selepas 3bulan dari tarikh last mkn ubat..
*peratus terkini yg terbaik sembuh adalah 96%.
*apapun tq mama..syukur alhamdulillah.

Pengambilan asid folic membantu abang melawan kesan keletihan akibat kesan sampingan Ribavarin. Pada sebelum ini doktor agak risau bila blood count abang turun menjunam. Lalu abang diberi asid folic. Abang juga dah mula lena tidur seperti biasa, tidak seperti awal rawatan, abang sukar untuk tidur, kesan dari Ribavarin, dan kemudiannya diikuti dengan keletihan yang amat.

Aku sebenarnya amat bersyukur dengan kesan positif dalam rawatan ini. Cuma agak tidak puas hati kerana istilah yang doktor sampaikan kepada abang agak umum. Bacaan hati yang ku google kebiasaanya pada pesakit HEP C ialah AST dan ALT, namun mungkin agak tidak tepat kerana dalam maklumat yang aku dapat bacaan:

"Typically the range for normal AST is reported between 10 to 40 units per liter and ALT between 7 to 56 units per liter."

Sedangkan bacaan hati yang dipantau oleh doktor turun dari 21 kepada 11. Bacaan hati ini yang pada awal permulaan rawatan kata doktor kepada abang, ialah 3 angka, bermaksud 100+, dan doktor berpuas hati dengan kesan rawatan ini yang membawa penurunan kepada yang dikatakan bacaan hati abang.

Keputusan rawatan samada berjaya atau tidak, hanya akan dapat setelah 3 bulan dari tarikh abang menghabiskan semua ubat yang kami beli.Disini kami mengira dari bilangan Sofosbuvir yang kami dapat. Kami memesan lebih 30 biji Daclatasvir kalau tak silap, kerana abang memerlukan dos Daclatasvir 90mg (kerana pengambuilan ubatan HAART EFAVIRENZ).

Berat badan abang sedikit susun bulan lepas, dan kali ni naik cuma 0.8gm.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Wednesday, May 31, 2017

Pantauan kedua Hep C rawatan DAAs

Pada 25hb Mei yang lepas, abang telah pergi ke temujanji kedua untuk pemantauan Hep C. Oleh kerana kesan ubat ini menunjukkan perubahan yang positif, abang akan dipantau sebulan sekali, tidak lagi 2 minggu sekali seperti sebelum ini.

Antara cabaran dalam rawatan ini ialah, cabaran untuk berulang alik dari bandar Y ke Hospital A. Abang perlu bergerak jam 3 pagi, untuk mendapatkan nombor terawal. Abang hampir -putus asa, memandangkan kami mula mendapatkan rawatan di hospital A, adalah sejak setahun yang lepas. Abang mula merasa jemu.

Aku memujuk abang untuk bertahan.

Sekiranya aku dapat cuti, aku akan menemani abang. Mungkin kami akan bergilir memandu, tapi agak mustahil kerana abang jarang membenarkan aku memandu sekiranya kami travel berdua. Abang perlu bertahan hanya dalam sekurang-kurangnya setahun lagi. Sekiranya rawatan ini berjaya, abang tidak lagi perlu berulang.

Ya, sebenarnya dalam keadaan seperti ini, sangat penting untuk memberikan semangat. Tidaklah mudah untuk abang berulang alik, memandangkan ada waktu abang sangat sibuk dengan urusan kerja.

Catatan abang:
Feedback temujanji doc
*buah pinggang..ok
*radang hati kembali normal...bacaan turun dari merah kepada 21..
*bacaan darah merah naik dari 11 kepada 11.9, setelah mengambil ubat tambah darah selama 2 minggu.
*nasihat doc...perkembangan yg positif...kekal konsisten mkn ubat..
*tentang puasa..tk digalakkan utk fokus pada rawatan...
*next temujanji sebulan dri sekarang..22/6
8am..ambil darah
11am..jumpa doc..
Alhamdulilah..

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657 

Tuesday, May 30, 2017

HIV: WINDOW PERIOD

Window period bagi HIV ialah 3-6 bulan. Ini kerana ia bergantung pada sistem immune seseorang, setiap orang mempunyai daya tahan yang berbeza.

HIV test kit yang digunakan oleh KKM hanya boleh mengesan HIV+ sekiranya kadar virus ialah lebih dari 5 copies. Ini kerana HIV test kit ini hanya mengesan antibody bukannya antigen. Begitu juga dengan ELISA test. Ujian mengesan antigen hanya boleh dilakukan oleh alat ujian seperti MRI.

Jadi, sekiranya virus dibawah 5 copies, ia akan menunjukkan negative. Selepas 6 bulan, virus kebiasaanya telah pun meningkat dan akan dikesan sebagai reactive dalam ujian saringan.
Ini juga adalah jawapan,kenapa ada beberapa kes PLHIV yang telah menjalani rawatan HAART mendapat false result (result menunjukkan negatif HIV, mereka yang patuh pada HAART akan mencapai status viral load undetected ), apabila membuat ujian saringan HIV.

-Sumber dari taklimat tentang HIV dan STD dari Jab. Kesihatan Negeri Melaka.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657 

Wednesday, May 17, 2017

Pantauan pertama Hep C rawatan DAAs

Rawatan Hep C DAAs (Sofosbuvir, daclatasvir dna Ribavarin)

Abang memulakan rawatan Hep C ini pada 27hb April. Tarikh ini abang mula makan ubat Hep C yang kami beli.

Dan pada 11hb Mei yang lepas abang mendapat keputusan darah yang pertama selepas lebih kurang 2 minggu memulakan rawatan. Aku membuat keputusan un tuk menulis di blog ini kerana untuk aku sendiri merekodkan perkembangan rawatan Hep C abang, smungkin juga boleh menjadi panduan pada yang lain.

Lagipun rumah baru pasang broadband, hikhik :) Barulah boleh menulis kembali.

Aku tidak lagi dapat mengikut abang ke Hospital A  kerana cuti hampir habis.

Ini adalah catatan abang selepas berbual dengan doktor di Hospital A.


[Forwarded from Love]
Feedback
*tidak digalakkan joging atau kerja berat.
*bacaan darah...15.8..agak turun 11.1...
#dibekalkan pil tambah darah..
*kalau ada sesak nafas atau sakit dada..diminta datang segera jumpa doc B di Hosp A utk tambah darah..
*bacaan utk radang nmpak kemajuan.dri 3 angka kepada 2 angka..
*masih dalam pantauan..datang pd 25/5 ambil darah 8am
                                                                             Jmpa doc    11am.
###settle

Dan harini telah 22 hari abang mengambil rawatan tersebut. Nasiblah abang dulu bekas penagih dadah yang telan pelbagai pil dengan mudah, jadi sekadar menelan pil yang banyak dan besar-besar ni memang dah jadi kemahiran istimewa abang.

Abang juga mengambil Champinx, iaitu ubat berhenti merokok yang dibekalkan oleh Klinik Dada, sebab abang memang bertekad nak berhenti merokok. Dan abang juga mengambil ubatan HAART kombinasi Combivr dan Efavirenz. Tapi ubat Hep C dan ubat Haart abang jarakkan pengambilan selama sekurangnya sejam. Serta abang ambil Champinx pun setelah juga berbincang dengan doktor yang memantau Hep C abang.




Mulai minggu ini iaitu hampir minggu ketiga, abang dah tidak begitu letih seperti minggu pertama mengambil ubat Hep C. Selera makan juga dah bertambah, mungkin juga kerana abang dah sebulan berjaya tidak merokok. Kata abang, dia rasa lebih baik dari minggu sebelum ini. Alhamdulillah. Lagi dua bulan lebih untuk rawatan beserta Ribavarin ini, moga sembuh sepenuhnya dari Hep C.

note: aku tidak dapat meletakkan nama hospital dan doktor yang merawat kerana faham tugas doktor tersebut yang terikat dengan polisi kerajaan, Untuk pembelian ubat Hep C dan juga prosedur dan sebagainya yang kami buat bukan melalui KKM, boleh hubungi aku.


Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657 

Tuesday, May 9, 2017

Rawatan HEP C DAAs


Lama aku tak menjengguk disini.

Abang telah 12 hari menerima rawatan Hep C DAAs, iaitu ubatan sofosbuvir, daclatasvir dan ribavirin. Abang terpaksa juga ambil ribavirin sebab abang telah masuk ketahap cirrhosis. Memang kalau telah cirhocis, pesakit akan mengambil rawatan ini selama 24 minggu sekiranya tanpa cirhocis. Tapi abang memilih untuk membuat rawatan 12 minggu dengan ribavarin.  Abang mencuba untuk tidak mahu mengambil rawatan untuk 24 minggu, kerana tempoh ini akan menggadakan kos. Apatah lagi abang mengambil kombinasi HAART yang salah satunya efavirenz, Pesakit yang ambil efavirenz perlu menambah dos Daclatasvir dari 60mg kepada 90 mg, maksudnya perlu sebotol setengah lagi Daclastasvir, iaitu penambahan rm1000.

Sekiranya tidak berjaya rawatan 12 minggu, bermaksud abang tetap kena sambung rawatan lagi 12 minggu.

Kos 12 minggu ialah rm5050. kalau 24 minggu, adalah sekali ganda.

Kami juga perlu menggunakan kondom sekiranya bersama, kerana rawatan ini memungkinkan zuriat cacat sekiranya aku didapati mengandung.

Tak kisah semua itu, asalkan abang sembuh dari Hep C.

Alhamdulillah ubat DAAs (sofosbuvir,daclatasvir) tidak mempunyai sampingan pada abang. Cuma ribavarin (salah satu rejim ubat lama) menyebabkan abang sedikit letih. Apatah lagi abang kini telah bertugas di salah satu cawangan Pengasih,  jadi agak keletihan sekiranya banyak tugasan. Tapi kata abang, badan abang masih boleh menampung kalau sekadar sedikit keletihan ini. Doktor pun memang dah analisa dari ujian darah abang, darah abang menunjukkan normal dan masih boleh menampung sekiranya ada kesan dari ribavarin

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile atau hubungi nombor yang tertera diatas

Saturday, March 25, 2017

HCV: LANGKAH 1

Ubat yang kami beli dari Edward telah pun sampai pada kami.  Minggu depan Isnin ini, kami akan ke Selayang, berjumpa dengan doktor pakar di hospital A. Harapnya semuanya berjalan dengan ok, dan doktor tu akan bantu abang untuk mulakan rawatan.

Harap sangat.

Seorang rakan perlu membeli untuk satu sesi lagi iaitu utk 12 minggu lagi kerana doktor baru mengesan cirhosis. Harapnya abang belum lagi ke tahap itu. Jika tidak kami perlu merancang kembali perbelanjaan kami.

Menyebut tentang perbelanjaan, nasiblah kami sentiasa dicukupkan. Abang bekerja secara sukarela di Teduhan Kasih, dimana ia perlu untuk kepulihan beliau dan aku tahu dia gembira disana. Setakat ini perbelanjaan kami adalah melalui sumber pendapatan aku yang bekerja di pejabat. Dan kami sekadar hidup berdua. Bolehlah juga kami mampu pergi bercuti sekali dua.

Dan setakat ini alhamdulillah, kami okay dengan keadaan kami.

Doakan urusan kami dihospital A berjalan dengan baik ya.

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Tuesday, March 14, 2017

HIV: Prep dan Pep

Dua minggu lepas aku ikuti perjumpaan dengan magnetic wives dan juga bengkel tentang Prep dan Pep oleh Dr. Ilias Lee dari Heritage Clinic.
Prep ialah ubatan haart yang diambil sebelum aktiviti berisiko jangkitan HIV, dimana salah satu ubatan haart ialah Tenvir M dan stocrin. Doktor akan bagi prescription ubatannya. Iaitu ambil 24jam sebelum, dan 2 jam sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan dan kemudiannya 48 jam selepas mengadakan hubungan tersebut. Sekiranya pasangan telah berkahwin dan hubungan seks memang selalu berlaku,boleh amalkan ambilan ubatan ni setiap hari mengikut waktu yang doktor berikan,sehinggalah pasangan mendapat status undetectable,selalunya 6 bulan setelah pasangan positif ni mendapatkan rawatan.

Aku tanya doktor Ilias,bagaimana sekiranya pasangan tak mahu juga ambil rawatan?

Kata doktor ilias,ambillah ubat tu sampai kamu jadi balu. Haha.

Pep, pula sekiranya telah berlaku hubungan seks atau aktiviti berisiko (biasanya hubungan seks) dalam tempoh 72 jam, boleh ambil ubatan ini, dan terus mengambilnya mengikut arahan doktor sehingga 28hari.

Dengan ini juga bagi yang merancang untuk dapatkan zuriat juga tidak perlu risau kerana tiada risiko kepada zuriat walaupun pasangan tidak mendapatkan haart.

Untuk pasangan yang telah mendapat rawatan Haart dan telah mencapat status undetectable tiada masalah dalam isu ini,jangkitan tidak pernah berlaku dari pada mereka yang telah undetectable dan patuh dengan rawatan. Orang yang patuh rawatan dan undetectable ini selamat untuk anda lakukan hubungan seks bersama dan mendapatkan zuriat. Mereka memang telah bebas dari mengjangkitkan hiv. Hiv berhenti pada mereka. Kahwinilah mereka,sekiranya mereka baik dan soleh. Anak pun confirm bebas dari HIV (eh,ayat macam promosi.haha)

Mengikut kajian, kaedah ini lebih baik dari pemakaian kondom dimana peluang elak HIV ialah 70%. Kerana kondom boleh pecah sewaktu hubungan seks,dan juga hanya boleh dipakai bila zakar telahpun keras, sedangkan air mazi juga mempunyai risiko jangkitan hiv yang sama tinggi dengan air mani.
Kami juga diterangkan bahawa dalam perlakuan seks hanya 3 perkara sahaja penyebab HIV. Iaitu zakar ke faraj, zakar ke dubur dan zakar ke mulut. Cuma didalam kes zakar ke mulut, sekiranya yang positif hiv adalah tuan punya mulut, dan tuan punya zakar negatif hiv, risiko.jangkitan tidak berlaku disitu.
Diterangkan juga kini ada risiko anal cancer selain HIV terutamanya kepada golongan homoseksual penerima. Namun pasangan heteroseksual juga ada kemungkinan tipis untuk jangkitan. Oleh itu pasangan magnetic sentiasa dinasihatkan untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan HPV  contohnya yang boleh membawa pada kanser serviks. Banyak rawatan dan pemeriksaan percuma disediakan di klinik dan hospital kerajaan kini.
Ubatan prep dan pep ini hanya disediakan dimana-mana farmasi yang membekalkan ubatan haart,iaitu farmasi Anis di HSB dan standard farmasi yang berhampiran HKL tak silap aku. Dan doktor yang setakat ini yang boleh membantu untuk pep atau prep ialah doktor Ilias sendiri di Heritage Clinic, The Red Cilinic, dan Klinik ID di UMMC. Harga pula sekitar rm180-rm250. Termurah ialah di UMMC, iaitu rm180. Kata Doktor Ilias,dia sedang berkempen kepada farmasi untuk menurunkan harga hingga rm50-rm80 sebulan.

Dicadangkan pasangan yang jarak jauh habya mengambil bila perlu shj iaitu 24 jam sebelum,2 jam sebelum,setiap hari hingga 48 jam hubungan seks terakhir.

Nampaknya jika anda berpengetahuan, seks tidak lagi menjadi penyebab HIV.

Puas hati dengan bengkel ni. Diharap pasangan magnetic couple akan tampil menghubungi aku untuk kita sama-sama sertai bengkel seperti ini.

Kawan dari Pertubuhan Islah Movement juga membawa test kit percuma untuk sesiapa mencuba.

Friday, March 3, 2017

Isu bekalan ubat HAART

Dimana-mana support group HIV samada FB atau whatssap group ramai menyatakan bekalan ubatan HAART mula bercatu. Kalau dahulu ubatan haart diberi mengikut tarikh temujanji iaitu 3 atau 6 bulan sekali,kini tidak lagi. Ada hospital yang hanya memberikan bekalan selama seminggu sahaja,dan pesakit akan dihubungi untuk bekalan seterusnya.

Ramai mula beralih ke alternatif lain iaitu membeli di farmasi. Dan ramai juga yang bertukar kepada Viraday iaitu kombinasi tenvir em dan efavirenz. Harganya ialah rm180 sebotol, setakat ini. Dan boleh didapatkan dimana-mana Standard Farmasi.

Abang mengambil Combivir dan Efavirenz. Dimana bekalan Combivr sangat kritikal di hospital-hospital kerajaan. Combivir adalah gabungan Lamivudine dan Zidovudine. Ini bukan gabungan untuk Viraday.

Lalu aku mula mendapatkan maklumat dimana untuk kami dapatkan Combivir sekiranya benar-benar terputus bekalan, walau sebenarnya agak mustahil kerana Kementerian Kesihatan akan perlu juga mendapatkan bekalan ubatan haart ini kepada plhiv dibawah seliaan mereka.

Maklumat dari group HIV ialah sekiranya terputus bekalan ubat HAART, boleh hubungi standard pharmacy+60 3 4043 1880 untuk mengetahui samada mereka punyai bekalan haart ini, dan kemudiannya,apa pun, perlu minta pendapat doktor dahulu. Kemudian hanya bawa kad temujanji hospital klinik ID untuk membeli ubat ini.

Wednesday, March 1, 2017

Suamiku HIV positif

Ini hidup kami. Dan kami agak sibuk akhir-akhir ni. Aku ada masalah kesuburan tapi takut nak buat semua prosedur untuk kesan masalah tu. Jadi abang tak mahu aku stress. Kata abang,kalau ada rezki,adalah.

Abang pun sibuk dengan Pengasih sekarang. Tapi dia dah mula tunjuk minat nak menulis blog. Tapi lepas tulis,asyik padam,katanya tak sedap. Hehe.

Satu hari nanti,aku nak abang menulis di blog ini. Seperti impian aku, aku nak ada zuriat cuma untuk bercerita pada mereka betapa tabah dan hebatnya ayah mereka. Mungkin tiada rezki disitu,biarlah abang menulis kisah dia untuk tatapan aku dan orang lain.

Abang sebelum dia seorang penagih,dia minat pada sastera,gemar membaca. Aku tanya dia,abang ada rakan bekas penagih yang suka membaca? Dia senyum,geleng kepala. Hampir mustahil.

Aku mahu baca tulisan abang. Kisah dia bergelut dengan sehina-hina kehidupan sebagai penagih dadah, masuk keluar penjara, baik penjara tentera mahupun penjara biasa.

Ya, suami saya bekas banduan. Tapi kini dia imam saya. Yang jarang gagal jemaah subuh disurau.

Syurga itu penuh dengan orang yang bertaubat,kata rasul.

Friday, February 10, 2017

PASANGAN SUAMI HIV POSITIF

COPY PASTE DARI FB PERTUBUHAN ISLAH MOVEMENT
SILA KE LINK PAGE PERTUBUHAN UNTUK MENGHUBUNGI ADMIN PAGE TERSEBUT.
KLIK DISINI UNTUK KE PAGE TERSEBUT.

Pasangan Serodiscordant (pasangan suami isteri non plhiv dan plhiv) adalah salah satu kumpulan sokongan didalam Pertubuhan Islah Movement. Setakat ini perkongsian dan sokongan hanya dijalankan didalam Whatssap group. Namun perjumpaan pertama akan diadakan pada bulan Mac ini.
Perjumpaan ini diusahakan oleh Puan Norlela Mokhtar, salah seorang aktivis wanita HIV yang bergerak aktif di Malaysia.
Untuk itu diseru wanita yang berkahwin dengan pasangan HIV+ untuk sama-sama menyertai kumpulan sokongam ini untuk celik maklumat, berkongsi sokongan dan juga memberi sokongan kepada suami HIV+.
Para suami hiv+ juga dimohon untuk menggalakkan isteri nonplhiv anda untuk menyertai kumpulan sokongan khusus ini.
Butiran perjumpaan:
Tarikh: 4hb 3 2017
Masa: jam 3 petang.
Lokasi: hanya dimaklumkan didalam group whatssap (sila pm admin untuk maklumat)
Jangan lupa like page kami :)
-Hanan
Setiausaha Pertubuhan Islah Movement
Pertubuhan Islah Movement
Acc Maybank
554129532539

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile ATAU whassap kami di 01132503657, saya NH akan respon kepada anda.

Sunday, January 29, 2017

Family Support Group PENGASIH

Semalam aku ikut abang ke rumah teduhan kasih. Abang dah pun dibenarkan pulang dan abang nampak lebih sihat dan lebih berkeyakinan diri. Abang kini bebas dari Methadone.

Genap 30 hari abang di diteduhan kasih. Abang berbincang dengan pengurus projek dan minta berulang dari rumah selepas ini.

Gembiranya kami bertemu,seolah macam baru kahwin :)

Orang mungkin tak berapa faham situasi kami. Mungkin kerana kami belum ada zuriat,jadi kami sangat rapat. Orang kata kami sweet couple manis tahap boleh kena diabetis tahal potong kaki. Hehe.

Jadi semalam, aku berpeluang menyertai family support group, walaupun aku bukanlah diwajibkan kerana abang adalah sukarela dan bukan peserta, tapi abang galakkan aku masuk supaya aku lebih faham dunia pemulihan penagih.

Kata En. Rhazali, keluarga adalah Silent Sufferer bagi isu penagihan dadah. Dalam group kami, ada satu keluarga, yang peserta  program adalah ayah mereka. Mereka menghantar ayah mereka,dan seumur hidup mereka, mereka cuma mengenali ayah mereka sebagai penagih dadah, ketiga-tiga anak ini adalah anak yang berjaya ke.universiti dan mempunyai kerjaya yang baik, walau dibesarkan oleh ibu mereka sahaja, yang juga pastinya bergelut dengan keadaan ayah mereka yang.keluar masuk pusat dan penjara.

Hinggalah di Teduhan Kasih ini,baru mereka melihat ayah mereka dalam kepulihan. Pertama kali mereka memeluk ayah mereka sebagai seorang ayah.

Menitis air mata aku menulis coretan ini.

Silent sufferer.
Semua kita.

Namun inshaallah, kita setabah keluarga ini. Apapun ujian, kita tetap memberi yang terbaik untuk kehidupan.

Nota: fon baru diformat,yang whatssap mohon perkenalkan diri,untuk aku kenali.

Monday, January 9, 2017

HCV, Hepatitis C.

Semalam aku berhubung dengan Edward dari MTAAG+. Aku dah pun membuat keputusan untuk membeli ubatan Hep C abang.

Abang adalah co infection (HIV+Hep C) genotype 3.
Regime bagi abang ialah

Sofosbuvir x 3 bottles + daclatavir x 3 bottles. Total 12 weeks course RM 4,050.
Kami akan berjumpa Dr. Cheung di Hospital A, dimana klinik hepatologist beroperasi pada hari Isnin dan Khamis.

Sekiranya abang ada cirhociss, abang perlu ambil rawatan ini untuk 6 bulan. Ubatan ini adalah regime yang sama untuk mereka yang terlibat dalam program DNDI fasa 1 yang baru memulakan ujian klinikal di Malaysia.

Doakan kami.

Inshaallah kami bersama- sama mengharungi ujian ini.

Thursday, January 5, 2017

Non reactive

Harini aku pergi ke klinik kesihatan yang biasa aku pergi sekiranya demam atau sebagainya. Kebetulan aku demam, jadi aku minta sekali buat ujian HIV dan HEP C.

Pada awal dulu tidaklah mudah untuk aku buat ujian disebabkan tak gemar dengan sikap sesetengah doktor akan buat muka terkejut dan juga staff yang tiba- tiba berubah watak kalut atau cuak.

Tapi kalini doktor pun ok dan staff yang ambil darah pun sangat baik,sentiasa senyum dan tak anggap pelik pun.

Yep macam tajuk,keputusan non reactive. Dan untuk hep c aku diminta ambil darah pada bulan 3.

Betullah undetectable bermaksud untransmittable. Aku salah seorangnya,bukti,kalau seorang plhiv itu patuh dengan rawatan dn telah capai undetectable, tak perlu pakai protection. Tapi ya,aku mungkin akan terdedeah risiko hep c sebab abg ada hep c, tapi hep c dah ada penawar. Entah kenapa aku ni degil kan. 😀

Monday, January 2, 2017

Methadone, pro dan kontra

Program methadone adalah antara solusi KKM kepada penagih-penagih heroin tegar. Ianya adalah sejenis dadah gantian. Dimana ia termasuk didalam jenis ubatan terkawal. Setakat ini program ini berjaya membuatkan penagih-penagih bebas dari penyalahgunaan dadah. Dapat berkerja dan hidup berkeluarga. Ianya membuang ketagihan kepada heroin.

Dibuktikan melalui ilmu perubatan, bahawa heroin menyebabkan satu saraf baru wujud dalam otak penagih heroin, menyebabkan kecacatan kekal dan menuntuk keperluan kepada ketagihan ini seumur hidup.

Abang adalalah salah seorang yang menyertai program ini. Namun abang juga pernah mengikuti rawatan di PENGASIH.

PENGASIH menggunakan sistem cold turkey.

Seperti mana kita lihat di televisyen penagih baru akan diletakkan didalam sel dan perlu mandi berkali-kali, itulah cold turkey. Dimana jika kerana heroin, ketagihan hanya berlaku dalam dua hari, dan selepas itu yang perlu adalah sokongan kerohanian dan moral, kerana kesakitan itu telah tiada yang ada hanya ingatan. Namun detox di PENGASIH tidaklah seperti pusat serenti dulu yang seperti lokap. Detox di PENGASIH adalah bilik yang lengkap dengan katil,kipas dan bersih.

Methadone melibatkan pergantungan seumur hidup, setiap pagi perlu beratur diklinik samada public holiday atau hari-hari biasa, untuk minum methadone, ada negeri membolehkan sistem take away 3 hari sekali, namun ada negari tidak membenarkan kerana banyak berlaku penyalahgunaan methadone juga, samada dijual ataupun diambil melebihi dos yang diperuntukkan untuk setiap individu. Malah kadangkala ada pusher yang menunggu disekitar klinik untuk berurusan jual beli.

Abang inginkan kepulihan sepenuhnya, apatah lagi rakan sokongan abang adalah terdiri dari orang-orang PENGASIH. Abang cemburu dengan mereka yang gembira dengan kepulihan dan bersih dari pergantungan.

Minggu lepas setelah berbincang berbulan-bulan dengan aku, abang tekad untuk pergi ke PENGASIH, abang akan duduk di detox untuk bertarung dengan gian kepada methadone, yang dikatakan 7 kali ganda lebih sakit dari heroin, dijangka abang memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu solid untuk pulih dari kesakitan.

Kami juga masih bergelut dalam memilih rawatan Hep C yang tidak banyak pilihan itu, abang tak dapat masuk program percubaan oleh DNDI di hospital selayang untuk fasa 1. Kemungkinan besar kami akan berurusan pembelian ubat dengan Buyer club dari MTAAG+, Namun abang minta aku tunggu dulu setelah abang keluar dari detoks.

Aku sendiri menghantar abang dan bertemu dengan rakan-rakan abang yang sangat mengalu-alukan kedatangan abang, kata mereka dah tiba masa untuk abang hilangkan pergantungan, cukuplah dengan ubat HAART. Ikut prosedur di Headquarters PENGASIH, tak silap kami bayaran ialah rm3000. Tapi yang kami pergi adalah cawangan negeri, jadi kami hanya menghulurkan sumbangan rm200. Lagipun abang dikira dalam kategori after care.

Atas nasihat rakan-rakan abang menyerahkan handphonenya kepada aku. Dan rakan PENGASIH akan hubungi aku sekiranya perlu.

Dalam tempoh ini kami hanya dihubungkan dengan DOA.

-NH





Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile