Monday, September 25, 2017

bukan cinta biasa

Rakan-rakan PLHIV selalu bertanya, adakah pasangan yang akan menerima mereka. Jawapan aku, jodoh ditangan tuhan. Yakin itu.

Cinta aku pada abang sangat dalam, walaupun abang seorang HIV+, bekas penagih dadah, bekas banduan atau paling mudah orang boleh kata  abang bekas penjenayah.

Namun disebabkan abang sangat menghargai aku dengan caranya sendiri, sentiasa bertindak sebagai suami dan kekasih, Allah datangkan rasa kasih antara kami yang sangat dalam. Aku tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan, tapi aku lebih suka berdoa yang baik-baik sahaja dari meramal yang bukan-bukan.

Kerja abang tak menentu. Kadangkala lewat pulang uruskan residen baru masuk, atau terpaksa outstation sebab menemani residen balik kampung dan sebagainya.

Tinggal sendirian, aku lebih mudah membuat tugasan ku dan juga apa-apa yang mengisi masaku, menyantuni mesej-mesej yang bertanyakan tentang isu HIV. Cuma aku kurang gemar menjawab panggilan, biasanya kalau panggilan, aku akan minta abang menjawab. Aku lebih gemar menaip balasan melalui sms atau whatssap.

Telah ku infaqkan kehidupan ini mana yang boleh untuk menyokong komuniti abang. Itu membuatkan hidup aku lebih bermakna.

Selalu bila abang pulang lewat atas urusan-urusan kerja, aku agak risau, sebab kasih sayang sebagai isteri tu kini dah sebati dengan aku, walau aku penuh dengan kekurangan.

Oleh itu rakan-rakan HIV+  disana, jangan risau tentang jodoh, cuma persiapkan diri anda untuk belajar menghargai dan menyayangi jodoh anda.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

No comments:

Post a Comment