Sunday, January 29, 2017

Family Support Group PENGASIH

Semalam aku ikut abang ke rumah teduhan kasih. Abang dah pun dibenarkan pulang dan abang nampak lebih sihat dan lebih berkeyakinan diri. Abang kini bebas dari Methadone.

Genap 30 hari abang di diteduhan kasih. Abang berbincang dengan pengurus projek dan minta berulang dari rumah selepas ini.

Gembiranya kami bertemu,seolah macam baru kahwin :)

Orang mungkin tak berapa faham situasi kami. Mungkin kerana kami belum ada zuriat,jadi kami sangat rapat. Orang kata kami sweet couple manis tahap boleh kena diabetis tahal potong kaki. Hehe.

Jadi semalam, aku berpeluang menyertai family support group, walaupun aku bukanlah diwajibkan kerana abang adalah sukarela dan bukan peserta, tapi abang galakkan aku masuk supaya aku lebih faham dunia pemulihan penagih.

Kata En. Rhazali, keluarga adalah Silent Sufferer bagi isu penagihan dadah. Dalam group kami, ada satu keluarga, yang peserta  program adalah ayah mereka. Mereka menghantar ayah mereka,dan seumur hidup mereka, mereka cuma mengenali ayah mereka sebagai penagih dadah, ketiga-tiga anak ini adalah anak yang berjaya ke.universiti dan mempunyai kerjaya yang baik, walau dibesarkan oleh ibu mereka sahaja, yang juga pastinya bergelut dengan keadaan ayah mereka yang.keluar masuk pusat dan penjara.

Hinggalah di Teduhan Kasih ini,baru mereka melihat ayah mereka dalam kepulihan. Pertama kali mereka memeluk ayah mereka sebagai seorang ayah.

Menitis air mata aku menulis coretan ini.

Silent sufferer.
Semua kita.

Namun inshaallah, kita setabah keluarga ini. Apapun ujian, kita tetap memberi yang terbaik untuk kehidupan.

Nota: fon baru diformat,yang whatssap mohon perkenalkan diri,untuk aku kenali.

Monday, January 9, 2017

HCV, Hepatitis C.

Semalam aku berhubung dengan Edward dari MTAAG+. Aku dah pun membuat keputusan untuk membeli ubatan Hep C abang.

Abang adalah co infection (HIV+Hep C) genotype 3.
Regime bagi abang ialah

Sofosbuvir x 3 bottles + daclatavir x 3 bottles. Total 12 weeks course RM 4,050.
Kami akan berjumpa Dr. Cheung di Hospital A, dimana klinik hepatologist beroperasi pada hari Isnin dan Khamis.

Sekiranya abang ada cirhociss, abang perlu ambil rawatan ini untuk 6 bulan. Ubatan ini adalah regime yang sama untuk mereka yang terlibat dalam program DNDI fasa 1 yang baru memulakan ujian klinikal di Malaysia.

Doakan kami.

Inshaallah kami bersama- sama mengharungi ujian ini.

Thursday, January 5, 2017

Non reactive

Harini aku pergi ke klinik kesihatan yang biasa aku pergi sekiranya demam atau sebagainya. Kebetulan aku demam, jadi aku minta sekali buat ujian HIV dan HEP C.

Pada awal dulu tidaklah mudah untuk aku buat ujian disebabkan tak gemar dengan sikap sesetengah doktor akan buat muka terkejut dan juga staff yang tiba- tiba berubah watak kalut atau cuak.

Tapi kalini doktor pun ok dan staff yang ambil darah pun sangat baik,sentiasa senyum dan tak anggap pelik pun.

Yep macam tajuk,keputusan non reactive. Dan untuk hep c aku diminta ambil darah pada bulan 3.

Betullah undetectable bermaksud untransmittable. Aku salah seorangnya,bukti,kalau seorang plhiv itu patuh dengan rawatan dn telah capai undetectable, tak perlu pakai protection. Tapi ya,aku mungkin akan terdedeah risiko hep c sebab abg ada hep c, tapi hep c dah ada penawar. Entah kenapa aku ni degil kan. 😀

Monday, January 2, 2017

Methadone, pro dan kontra

Program methadone adalah antara solusi KKM kepada penagih-penagih heroin tegar. Ianya adalah sejenis dadah gantian. Dimana ia termasuk didalam jenis ubatan terkawal. Setakat ini program ini berjaya membuatkan penagih-penagih bebas dari penyalahgunaan dadah. Dapat berkerja dan hidup berkeluarga. Ianya membuang ketagihan kepada heroin.

Dibuktikan melalui ilmu perubatan, bahawa heroin menyebabkan satu saraf baru wujud dalam otak penagih heroin, menyebabkan kecacatan kekal dan menuntuk keperluan kepada ketagihan ini seumur hidup.

Abang adalalah salah seorang yang menyertai program ini. Namun abang juga pernah mengikuti rawatan di PENGASIH.

PENGASIH menggunakan sistem cold turkey.

Seperti mana kita lihat di televisyen penagih baru akan diletakkan didalam sel dan perlu mandi berkali-kali, itulah cold turkey. Dimana jika kerana heroin, ketagihan hanya berlaku dalam dua hari, dan selepas itu yang perlu adalah sokongan kerohanian dan moral, kerana kesakitan itu telah tiada yang ada hanya ingatan. Namun detox di PENGASIH tidaklah seperti pusat serenti dulu yang seperti lokap. Detox di PENGASIH adalah bilik yang lengkap dengan katil,kipas dan bersih.

Methadone melibatkan pergantungan seumur hidup, setiap pagi perlu beratur diklinik samada public holiday atau hari-hari biasa, untuk minum methadone, ada negeri membolehkan sistem take away 3 hari sekali, namun ada negari tidak membenarkan kerana banyak berlaku penyalahgunaan methadone juga, samada dijual ataupun diambil melebihi dos yang diperuntukkan untuk setiap individu. Malah kadangkala ada pusher yang menunggu disekitar klinik untuk berurusan jual beli.

Abang inginkan kepulihan sepenuhnya, apatah lagi rakan sokongan abang adalah terdiri dari orang-orang PENGASIH. Abang cemburu dengan mereka yang gembira dengan kepulihan dan bersih dari pergantungan.

Minggu lepas setelah berbincang berbulan-bulan dengan aku, abang tekad untuk pergi ke PENGASIH, abang akan duduk di detox untuk bertarung dengan gian kepada methadone, yang dikatakan 7 kali ganda lebih sakit dari heroin, dijangka abang memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu solid untuk pulih dari kesakitan.

Kami juga masih bergelut dalam memilih rawatan Hep C yang tidak banyak pilihan itu, abang tak dapat masuk program percubaan oleh DNDI di hospital selayang untuk fasa 1. Kemungkinan besar kami akan berurusan pembelian ubat dengan Buyer club dari MTAAG+, Namun abang minta aku tunggu dulu setelah abang keluar dari detoks.

Aku sendiri menghantar abang dan bertemu dengan rakan-rakan abang yang sangat mengalu-alukan kedatangan abang, kata mereka dah tiba masa untuk abang hilangkan pergantungan, cukuplah dengan ubat HAART. Ikut prosedur di Headquarters PENGASIH, tak silap kami bayaran ialah rm3000. Tapi yang kami pergi adalah cawangan negeri, jadi kami hanya menghulurkan sumbangan rm200. Lagipun abang dikira dalam kategori after care.

Atas nasihat rakan-rakan abang menyerahkan handphonenya kepada aku. Dan rakan PENGASIH akan hubungi aku sekiranya perlu.

Dalam tempoh ini kami hanya dihubungkan dengan DOA.

-NH





Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile