Sunday, August 5, 2018

Dimana untuk dapatkan PreP/PeP


PreP/PeP boleh didapati dengan prescription di:

PT Foundation (KL)
The Red Clinic (KL)
PPUM (KL)

Purepharmacy (Penang) dapatkan preskripsi dari doktor di Hosp Pulau Pinang dengan menghubungi FHDA Penang.

Interpharm (JB) boleh hubungi Klinik Kesihatan Mohammadiah untuk mendapatykan doktor yang boleh bagi preskripsi.

Hanya Tenvirm/Tenof sahaja disahkan oleh FDA/WHO untuk PreP, harga dalam lingkungan rm200 sebotol mengikut farmasi. Untuk PeP pula ada kombinasi lain.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Sunday, July 29, 2018

HIV jika ingin berkahwin

apabila pasangan serodiscordant (negative hiv dan positif hiv) ingin berkahwin, kami amat bahagia sekiranya pihak lelaki yang bersungguh dan mahu mencari panduan untuk proses perkahwinan ini. jika kedua2nya pun mahu berbincang adalah lebih baik.
namun selalu situasi yg berlaku adalah pihak wanita yang berusaha untuk hubungi banyak pihak.
benar, kebanyakannya baru diagnose dan sedang dalam fasa awal.
namun perkahwinan yang dicari adalah untuk seumur hidup,kesungguhan lelaki yang akan menjadi imam itu adalah lebih memudahkan proses dan menampakkan kita akan perann perkahwinan itu sendiri.
proses atau prosedur untuk kahwin itu kita nampak susah sangat,walaupun jalannya sama dan mmg akan berakhir dengan keizinan kahwin juga.
namun sebuah perkahwinan tanpa lelaki mengambil peranan sebagai suami dan imam,kerap kali menemui jalan kehancuran dengan mudah, dan dalam tempoh yang singkat.

note: orang yang hidup dengan HIV, sekiranya mendapat rawatan, boleh membina keluarga bahagia yang bebas dari HIV.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Sunday, March 25, 2018

Sakit kelamin (STI) bukan sekadar HIV.

Ramai yang apabila baru lepas melakukan hubungan seks rambang, akan merasa paranoid sekiranya mula mendapat tahu tentang HIV. Perasaan rasa bersalah mula menyelubungi dengan rasa ketakutan yang melampau terhadap HIV. Tidak kira samada hubungan seksual itu adalah  MSM (MEN SEX MEN=LELAKI DENGAN  LELAKI) ataupun hubungan seks dengan wanita yang disyaki membawa virus HIV.

Namun tahukah anda, sakit kelamin yang paling mudah dirawat adalah HIV? Berbanding sakit-sakit kelamin lain yang lebih mudah berjangkit dan lebih sukar dirawat.

Penyakit seperti Herpes, Gonorea, Siflis dan sebagainya adalah lebih sakit rawatannya dan lebih sukar, kerana penyakit yang saya sebut ini mudah berulang dan ada yang tidak akan hilang dari anggota badan seseorang. Malah boleh pula diwarisi dalam pelbagai bentuk dalam keturunan anda sekiranya anda mempunyai zuriat.

Kadangkala aku merasa pelik dengan mereka yang menghubungi aku, takut sangat dengan HIV, bagaimana dengan penyakit-penyakit kelamin lain yang boleh dijangkiti dengan hanya sentuhan?

Bagaimana dengan virus HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks pada wanita dan kanser anal, penile dan oral pula pada lelaki?

Sekiranya anda pernah melakukan hubungan seks dengan mereka yang tidak anda tahu status kesihatannya. Anda dinasihatkan membuat pemeriksaan perubatan sepenuhnya kepada diri anda, bukannya sekadar HIV.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Rawatan HEP C kini percuma di Malaysia

Satu berita yang sangat mengembirakan bagi sejumlah 450,000 orang pesakit HEP C di Malaysia. Kini rawatan percuma dengan menggunakan kombinasi Sofosbuvir dan Daclatasvir di 18 buah hospital terpilih boleh dinikmati mengikut prosedut yang ditetapkan.

 Link berita boleh dirujuk di sini

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Friday, January 19, 2018

Prosedur perkahwinan lelaki HIV

Soalan yang kerap ditanya. Dan aku letak tajuk "Lelaki" tapi prosedurnya lebih kurang jika perempuan.



cara untuk berkahwin as plhiv

 1. dapatkan rawatan, selepas anda disaring dan didapati positive, klinik kesihatan akan bagi surat rujukan untuk buat appointment. ikuti nasihat dan appointment tu. Sekiranya anda sememangnya telah menjalani rawatan, lebih mudah jika membuat ujian HIV di tempat anda mendapatkan rawatan, kerana rekod anda ada disitu.

2. bawa pasangan berjumpa dengan doktor ID(yang kendalikan appointment anda) supaya bakal pasangan jelas tentang HIV.

 3. ada klinik kesihatan yang boleh tick pada non reactive (ujian hiv praperkahwinan) sekiranya anda telah pun dalam rawatan. Di Hospital Sungai Buloh, borang anda hanya ditulis telah menjalani ujian HIV (tiada ruang tick non atau reactive), untuk pesakit HSB sahaja. Sekiranya tetap mendapat borang yang biasa iaitu luar dari Selangor (borang ini adalah mengikut majlis agama negeri) dan di tick kan pada ruangan reactive, bertenang, terima keputusan dan pergi ke langkah seterusnya.

 4. bawa borang semua termasuk ujian hiv tadi, kepada pak imam, bawa pasangan sekali, bincang sebaiknya dengan pak imam bahawa pasangan telah faham sepenuhnya ttg HIV dan tak perlu maklumkan kepada wali. Jika berjaya step ini, boleh terus hantar borang ke majlis agama pihak perempuan dan maklumkan pak imam telah setuju utk tidak maklumkan pada wali dan kaunseling telah dilakukan. Majlis agama islam pihak perempuan akan terus proceed seperti biasa. Tanpa maklum pada wali.

5.sekiranya imam tetap berkeras ingin maklumkan pada wali, boleh hubungi wakil mana2 NGO HIV untuk berbincang dengan pak imam, atau anda tukar borang ke kariah lain. setakat ni tiada yang gagal dengan semua step ini.

 6. Setelah nikah, berilah nafkah batin sebaiknya pada isteri, pakai KONDOM sekiranya belum UNDETECTED, pasangan biasa yang baru berkahwin digalakkan untuk melakukan hubungan seks setiap hari dalam tempoh 3 bulan sekiranya berpeluang demi mencari keserasian dan juga meningkatkan peluang mendapat zuriat sekiranya anda telah undetected. Mereka yang telah undetected (sebaiknya telah 2 tahun undetected) dan konsisten dalam pengambilan ubat, serta tidak melakukan zina diluar perkahwinan, boleh melakukan hubungan seks bersama isteri tanpa kondom.

7. Konsisten dengan rawatan, jangan sekalipun mengulangi aktiviti berisiko, dan berkahwinlah demi membahagiakan seorang wanita, dan demi mendapat redha Allah, bukannya hanya kerana untuk mendapat anak atau melunaskan nafsu semata-mata.

nota: sekiranya memaklumkan kepada doktor ID bahawa anda mahu merancang mendapatkan anak, kemungkinan doktor akan meminta dahulu isteri melalui beberapa ujian seperti hep b, hep c dan sti. Ujian kesuburan juga akan dicadangkan. Ini bagi meningkatkan peluang yang lebih baik untuk mendapat zuriat. Isteri juga boleh mendapatkan PreP sekiranya suami masih belum undetected atau atas sebab-sebab lain yang mungkin dinasihatkan doktor.

nota 2: Setakat ini hanya Majlis agama Johor yang mewajibkan juga wakil keluarga suami, dan wakil keluarga isteri untuk dikaunseling sekiranya wanita tersebut adalah positif. Namun bolehlah menghubungi NGO seperti SINAR SOFIA dan Intan Life zone untuk memudahkan pihak keluarga memahami mengenai isu ini.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz