Friday, January 19, 2018

Prosedur perkahwinan lelaki HIV

Soalan yang kerap ditanya. Dan aku letak tajuk "Lelaki" tapi prosedurnya lebih kurang jika perempuan.



cara untuk berkahwin as plhiv

 1. dapatkan rawatan, selepas anda disaring dan didapati positive, klinik kesihatan akan bagi surat rujukan untuk buat appointment. ikuti nasihat dan appointment tu. Sekiranya anda sememangnya telah menjalani rawatan, lebih mudah jika membuat ujian HIV di tempat anda mendapatkan rawatan, kerana rekod anda ada disitu.

2. bawa pasangan berjumpa dengan doktor ID(yang kendalikan appointment anda) supaya bakal pasangan jelas tentang HIV.

 3. ada klinik kesihatan yang boleh tick pada non reactive (ujian hiv praperkahwinan) sekiranya anda telah pun dalam rawatan. Di Hospital Sungai Buloh, borang anda hanya ditulis telah menjalani ujian HIV (tiada ruang tick non atau reactive), untuk pesakit HSB sahaja. Sekiranya tetap mendapat borang yang biasa iaitu luar dari Selangor (borang ini adalah mengikut majlis agama negeri) dan di tick kan pada ruangan reactive, bertenang, terima keputusan dan pergi ke langkah seterusnya.

 4. bawa borang semua termasuk ujian hiv tadi, kepada pak imam, bawa pasangan sekali, bincang sebaiknya dengan pak imam bahawa pasangan telah faham sepenuhnya ttg HIV dan tak perlu maklumkan kepada wali. Jika berjaya step ini, boleh terus hantar borang ke majlis agama pihak perempuan dan maklumkan pak imam telah setuju utk tidak maklumkan pada wali dan kaunseling telah dilakukan. Majlis agama islam pihak perempuan akan terus proceed seperti biasa. Tanpa maklum pada wali.

5.sekiranya imam tetap berkeras ingin maklumkan pada wali, boleh hubungi wakil mana2 NGO HIV untuk berbincang dengan pak imam, atau anda tukar borang ke kariah lain. setakat ni tiada yang gagal dengan semua step ini.

 6. Setelah nikah, berilah nafkah batin sebaiknya pada isteri, pakai KONDOM sekiranya belum UNDETECTED, pasangan biasa yang baru berkahwin digalakkan untuk melakukan hubungan seks setiap hari dalam tempoh 3 bulan sekiranya berpeluang demi mencari keserasian dan juga meningkatkan peluang mendapat zuriat sekiranya anda telah undetected. Mereka yang telah undetected (sebaiknya telah 2 tahun undetected) dan konsisten dalam pengambilan ubat, serta tidak melakukan zina diluar perkahwinan, boleh melakukan hubungan seks bersama isteri tanpa kondom.

7. Konsisten dengan rawatan, jangan sekalipun mengulangi aktiviti berisiko, dan berkahwinlah demi membahagiakan seorang wanita, dan demi mendapat redha Allah, bukannya hanya kerana untuk mendapat anak atau melunaskan nafsu semata-mata.

nota: sekiranya memaklumkan kepada doktor ID bahawa anda mahu merancang mendapatkan anak, kemungkinan doktor akan meminta dahulu isteri melalui beberapa ujian seperti hep b, hep c dan sti. Ujian kesuburan juga akan dicadangkan. Ini bagi meningkatkan peluang yang lebih baik untuk mendapat zuriat. Isteri juga boleh mendapatkan PreP sekiranya suami masih belum undetected atau atas sebab-sebab lain yang mungkin dinasihatkan doktor.

nota 2: Setakat ini hanya Majlis agama Johor yang mewajibkan juga wakil keluarga suami, dan wakil keluarga isteri untuk dikaunseling sekiranya wanita tersebut adalah positif. Namun bolehlah menghubungi NGO seperti SINAR SOFIA dan Intan Life zone untuk memudahkan pihak keluarga memahami mengenai isu ini.

Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz