Saturday, September 30, 2017

klinik-klinik kesihatan yang mesra saringan HIV

Banyak kes aku terima ramai yang takut untuk buat ujian saringan HIV. Dan kerap yang datang mengadu dengan pelbagai simptomp, ku ulang sekali lagi, HIv tidak ada simptomp yang khusus.

Buatlah ujian diklinik-klinik kesihatan yang berhampiran, anda boleh juga buat full check up STD, sebab kita tidak tahu selain HIV apa lagi yang berada ditubuh,selepas akviti seksual yang lain. Dan penyakit jangkitan kelamin yang lain boleh berlaku walaupun hanya dengan sentuhan(tidak untuk HIV). Cuma HIV sahaja yang selamat dengan kondom.

Disini aku lampirkan senarai klinik-klinik kesihatan yang telah diiktiraf mesra dengan pelanggan untuk kes-kes STD (Sexual transmit disease).

senarai tahun 2016, diharap akan lebih banyak untuk tahun akan datang.

Sekirany segan, datanglah kekaunter klinik-klinik ini dengan memakai mask :)
Whatssap: 01132503657 whatssap link: http://suamikuhivpoz.wasap.my/ twitter: suamikuhivpoz

Friday, September 29, 2017

HIV, PreEP dan PEP

Saya dah buat link whatssapsuamikuhivpoz, jadi tak perlu save number.

Ramai yang bertanya tentang PreP dan PEP, mudahnya, PrEP dan PEP ni adalah pencegahan HIV yang boleh diambil dalam tempoh 72jam sebelum atau selepas aktiviti berisiko.

Paling mudah nak dapat ialah hubungi Klinik Heritage di Kuala Lumpur:

Klinik Heritage

G5, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2712 7026

https://g.co/kgs/FJCA8P



Penerangan panjang dari perkongsian di group HIV AWARENESS MALAYSIA:

Perbezaan di antara PrEP dan PEP

1. Apakah ia PrEP dan PEP?
PrEP merujuk kepada Pre-Exposure Prophylaxis, yang mana ubatan HIV diberikan kepada mereka yang HIV- dan belum terdedah kepada virus HIV untuk mengelakan jangkitan HIV.

PEP merujuk kepada Post Exposure Prophylaxis, yang mana ubatan HIV diberikan kepada mereka yang HIV- tetapi telah terdedah kepada virus HIV dalam tempoh masa 72 jam (3 hari) berlakunya pendedahan terhadap virus.

2. Bagaimana PrEP dan PEP berjalan?
PrEP berjalan dengan pengambilan ubat Truvada (Tenvir-EM) setiap hari bagi HIV- dan berisiko untuk di jangkiti dengan HIV samada melalui hubungan seksual dan tidak mahu menggunakan kondom, ataupun masih lagi mengamalkan perkongsian jarum suntikan. Dengan pengambilan PrEP, apabila mereka terdedah kepada kepada HIV, mereka mampu untuk mengelakan dari dijangkiti dengan virus HIV selagi mana mereka mengambil ubat tersebut. Sebelum memulakan PrEP, Doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan bahawa seseorang itu adalah HIV- dan telah melepasi window period. Selepas sebulan memulakan PrEP, Doktor akan menilai tahap kepatuhan pengambilan ubat. Mereka yang mengambil PrEP di perlukan untuk menjalani ujian saringan HIV setiap 3 bulan.

PEP berjalan dengan pengambilan ubat HIV (HAART) setiap hari selama sebulan bagi HIV-  dan telah terdedah kepada HIV dalam tempoh masa 72 jam (3 hari) dari waktu jangkitan. Sekiranya mereka yang HIV- dan terdedah kepada virus tersebut mengambil ubat HAART dalam tempoh 72 jam dari pendedahan setiap hari selama sebulan, mereka mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk tidak di jangkiti dengan HIV walaupun telah terdedah. Sebelum memulakan PEP, Doktor akan menjalankan ujian untuk memastikan bahawa seseorang itu adalah HIV- dan juga menilai tahap risiko jangkitan.

3. Siapakah yang patut mengambil PrEP dan PEP
PrEP
Mereka yang HIV- dan tidak mahu menggunakan kondom atau tidak konsisten didalam penggunaan kondom tetapi masih mahu mengadakan hubungan seksual.
Mereka yang masih mengamalkan perkongsian jarum suntikan.

PEP
Mereka yang HIV- dan telah terdedah kepada risiko jangkitan dalam tempoh masa 72 jam. Sebagai contoh, Si A mengadakan hubungan seks dengan Si B dan menggunakan kondom. Namun, tiba-tiba kondom pecah jadi wujudnya risiko jangkitan. PEP boleh diberikan didalam tempoh masa 72 jam dari waktu pendedahan.

4. Apakah ubat yang terlibat dalam PrEP dan PEP
PrEP – Truvada (Tenvir-EM)
PEP – Beberapa jenis HAART seperti Zidovudine, Combivir, Indinavir, Nelfinavir dan lain-lain mengikut pandangan doctor.

5. Apakah tahap keberkesanan PrEP dan PEP untuk menghalang jangkitan HIV?
Keberkesanan PrEP dan PEP adalah sangat tinggi sekiranya ianya di ambil setiap hari dan untuk tempoh yang ditetapkan (bagi PEP).

6. Bolehkah saya mendapatkan PrEP dan PEP di kaunter farmasi?
Ubatan HIV adalah ubatan terkawal dan hanya boleh didapati dengan preskipsi doctor dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

7. Berapakah kos untuk mendapatkan Prep dan PEP?
Walaupun ada ubatan HIV yang diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada PLHIV, situasi yang sama tidak berlaku di dalam konteks PrEP dan PEP. Oleh itu, mereka yang ingin mendapatkan PrEP dan PEP perlu membayar sendiri ubatan yang di ambil. Harga ubatan berbeza mengikut tempat. Sebagai contoh, suatu pharmacy di Lembah Klang mungkin mengenakan RM 400 bagi stok sebulan Tenvir-em manakala PPUM mengenakan RM160 bagi sebulan Tenvir-em.

8. Dimanakah saya boleh mendapatkan PrEP dan PEP di Malaysia?
Coverage PrEP dan PeP di Malaysia pada waktu ini adalah tidak meluas. Walau bagaimanapun, di Lembah Klang, ianya boleh didapati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (dengan surat rujukan) dan beberapa klinik swasta yang lain.

9. Bolehkah PrEP dan PEP melindungi seseorang dari dijangkiti STI yang lain?
PrEP dan PEP hanya boleh melindungi seseorang dari dijangkiti dengan HIV, tidak kepada STI lain seperti Sifilis, Gonorea, HPV.

10. Kata-kata akhir
Tanggungjawab mengurangkan kadar jangkitan HIV tidak hanya terletak kepada mereka yang mempunyai HIV. Mereka yang tidak mempunyai HIV dan masih melakukan aktiviti berisiko juga mempunyai peranan masing-masing. PrEP dan PEP adalah cara yang boleh dilakukan untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan HIV. It takes two to tango ibarat pepatah mat saleh. Selain itu juga, anda juga di galakan untuk share info ini di mana sahaja untuk memastikan lebih ramai orang yang tahu akan PrEP dan PEP.

Bersama menuju sifar

#hivpositive #hivpositif #hivsurvivor #hivawarenes #hiv #myaidscouncil #hivmalaysia #stopstigma 
#hentikanstigma #islahmovement

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Monday, September 25, 2017

bukan cinta biasa

Rakan-rakan PLHIV selalu bertanya, adakah pasangan yang akan menerima mereka. Jawapan aku, jodoh ditangan tuhan. Yakin itu.

Cinta aku pada abang sangat dalam, walaupun abang seorang HIV+, bekas penagih dadah, bekas banduan atau paling mudah orang boleh kata  abang bekas penjenayah.

Namun disebabkan abang sangat menghargai aku dengan caranya sendiri, sentiasa bertindak sebagai suami dan kekasih, Allah datangkan rasa kasih antara kami yang sangat dalam. Aku tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan, tapi aku lebih suka berdoa yang baik-baik sahaja dari meramal yang bukan-bukan.

Kerja abang tak menentu. Kadangkala lewat pulang uruskan residen baru masuk, atau terpaksa outstation sebab menemani residen balik kampung dan sebagainya.

Tinggal sendirian, aku lebih mudah membuat tugasan ku dan juga apa-apa yang mengisi masaku, menyantuni mesej-mesej yang bertanyakan tentang isu HIV. Cuma aku kurang gemar menjawab panggilan, biasanya kalau panggilan, aku akan minta abang menjawab. Aku lebih gemar menaip balasan melalui sms atau whatssap.

Telah ku infaqkan kehidupan ini mana yang boleh untuk menyokong komuniti abang. Itu membuatkan hidup aku lebih bermakna.

Selalu bila abang pulang lewat atas urusan-urusan kerja, aku agak risau, sebab kasih sayang sebagai isteri tu kini dah sebati dengan aku, walau aku penuh dengan kekurangan.

Oleh itu rakan-rakan HIV+  disana, jangan risau tentang jodoh, cuma persiapkan diri anda untuk belajar menghargai dan menyayangi jodoh anda.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Sunday, September 24, 2017

Hep C, Sofosbuvir di Malaysia

Perkembangan terbaru Sofosbuvirakan diperkenalkan secara sah di 12 buah hospital kerajaan dan pesakit hep c hanya perlu membayar sebanyak rm500 sahaja.

Ini adalah satu berita yang sangat mengembirakan kepada semua pesakit hep c di Malaysia. Walaupun langkah masih awal sedangkan bilangan pesakit telahpun mencecah 500,000 orang namun ianya adalah satu langkah yang harus dipuji.

Untuk HIV pula, inshaallah 20 tahun lagi penawar akan masuk pasaran global, kita doa-doakan. Kerana saintis sedang berusaha keras mengkaji penawarnya, dan disana-sini pelbagai berita melaporkan penawar yang stabil telah mula dihasilkan.

Namun jangalah pula apabila penawar HIV ditemui, semua aktiviti berisiko dilakukan dnegan berleluasa. Ingatlah hidup ni sekejap cuma.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

Tuesday, September 5, 2017

Pertama kali saringan Hep C

Pada 16 Ogos yang lepas, aku membuat ujian saringan Hep C disebuah klinik kesihatan kerajaan. Sebelum itu aku diberikan temujanji selama sebulan. Oleh kerana aku adalah penjawat awam, aku tidak dikenakan sebarang bayaran, jika tidak aku mungkin perlu membeyar rm1 sebagai pesakit luar.

selepas mengambil darah, aku diminta datang dua minggu lagi untuk mendapatkan keputusan.

Dua minggu kemudiannya aku pun mendapat keputusan, dan dikenhendaki berjumpa dengan doktor. Berdebar juga aku. Sewaktu menanti nombor ku dipanggil, bermacam perancangan berada dalam fikiranku, andainya aku positif hep c. Namun aku berfikiran positif dengan merasakan, sekiranya aku positif pun, kesannya pada aku adalah 20 tahun lagi, kehkeh. Gila juga aku.

Kemudian aku dipanggil, dan doktor menunjukkan keputusan.

NON REAKTIF
NON REAKTIF

Phew, lega beb.

Itulah keputusan, setelah berkahwin selama 3 tahun, aku masih negatif hep c, alhamdulillah. Beberapa orang doktor ada memberitahu, kajian mendapati hanya anal seks dan perkongsian jarum sahaja mempunyai risiko yang tinggi. Wallhualam.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657