Tuesday, August 23, 2016

HIV atau sikap? IDU dan MSM.

Dalam memaparkan sebuah kehidupan positif dalam menjadi seorang isteri kepada plhiv, ada juga sesutau yang bermain difikiran aku. Situasi ini juga telah banyak kali dulu disebut oleh arwah pakcik pie.

HIV tidaklah menjadi penghalang besar bagi sesebuah perkahwinan. Jujurnya aku sangat bahagia dengan abang dan abang adalah anugerah terindah didalam hidup aku. Namun apa yang menggusarkan fikiran aku ilah sekiranya pasangan wanita tidak bersedia mental kepada sikap yang selalunya tidak pun berkaitan dengan HIV.

Maafkan aku, aku akan menulis secara jujur dan berkias. Aku menulis sebagai isteri, bukan mereka yang terlibat dengan komuniti atau sukarelawan. Izinkan aku menulis seketika sebagai isteri sahaja. Tidak lebih tidak kurang.

Kebanyakan penghidap HIV adalah bekas pengguna dadah dan pengamal seks songsang. Bekas pengguna dadah dipanggil exIDU dan pengamal seks songang dipanggil MSM/gay dalam dunia sukarelawan komuniti. Apa itu komuniti? Komuniti disini bermaksud mereka yang terlibat dengan NGO-NGO Hiv dan golongan PLHIV itu sendiri.

Selain dari dua golongan utama ini, memang ada mereka yang heterosexual (normal/straight) dan bukan pengguna dadah pun, tetapi sangat minoriti, iaitu bagi lelaki. Bagi wanita memang banyak kisah duka sebalik virus ini. Dan diulang sekali lagi, aku menulis sebagai isteri.

Segala stigma dan sakitnya bila didalam mana-mana dokumentasi kesihatan tertulis sebagai isteri kepada HIV+ , dipaksa menerima nasihat untuk tidak merancang zuriat walaupun telah undetected, dihina dengan persoalan oleh kakitangan perubatan kenapa masih mahu berkahwin dengan seorang HIV+ tidak ada bekas dihati melainkan bila pasangan mengkhianati kepercayaan. Yang bagaimana? Kembali kepada cara hidup lama atau menipu fakta yang membawa kepada sikap buruk.

Benar golongan MSM biasanya perfectionist. Sangat kacak, sangat detail, tapi sayang kalau tak mahu berusaha bahagiakan isteri, tidak mahu sedaya upaya memberi kebahagiaan pada isteri dalam nafkah batin, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha. Ada yang berjaya, sekadar menganggap isteri itu fungsinya mendapat zuriat, isteri itu hanya perhiasan yang boleh dipamer. Dan ada yang tidak berjaya dalam memberi nafkah batin, memanipulasi fikiran isteri dengan mengatakan takut kerana HIV. Sedangkan telah undetected. Kasihanilah isteri yang naif, yang masih suci walaupun dah berbulan malah bertahun berkahwin. Bukankah itu hak isteri antara yang paling utama? Melainkan kehendak itu telah tiada. Gadis muslimah, mana, malah nabi pun memberi nafkah batin kepada isterinya. Isteri yang baru berkahwin, dengan rasa malu yang menebal, terpaksa berteka teki tentang hubungan batin ini. Di neraca mana beratnya dosa suami yang tidak usaha memberi nafkah batin kepada isteri? Tak dapat dibayangkan. Jika suami mahu berusaha. Isteri harus menerima dengan tangan terbuka dan menggalakkan, serta menyokong sepenuhnya, ketahuilah langkah itu bukan langkah mudah bagi sang suami. Itu adalah hijrah mereka untuk meninggalkan perkara yang lepas.

Golongan exIDU pula, isteri wajar bersikap lebih maju dan bijak dalam menguruskan kehidupan bersama. Pastikan suami tidak mempunyai ruang-ruang walau sekecil mana pun untukm kembali kepada dadah. Dan harus diingat, dadah kini ada pebagai jenis, ketagihan kepada tablet berbentuk pil juga harus diperhatikan. Apa sahaja yang boleh membuatkan suami dalam keadaan seperti khayal, harus dihentikan serta merta. Suami akan menipu dan menafikan. Sabar, rampas perkara yang mengkhayal kan tu, kalau masih diperingkat awal, suami tidak agresif. Bila suami telah dapat kembali rasionalnya, berbincang dengan baik. Biasanya bekas penadih yang telah berkahwin, mereka sedar akan tanggungjawab, cuma kadangkala kerinduan pada perkara haram ini yang membuatkan mereka tersilap langkah. Pastikan juga sentiasa ada nombor personal rakan yang incharge dalam AADK atau PENGASIH. Jangan putuskan suami dari group sokongan pemulihan, galakkan mereka untuk hadiri program-program bersama rakan-rakan yang pulih terutamanya di AADK atau PENGASIH. Kerana, rakan-rakan mereka cepat mengesan sekiranya suami dalam ambang kejatuhan pada tabiat lama. Suami yang dalam kepulihan juga memang akan sentiasa semangat untuk bertemu rakan-rakan yang juga dalam kepulihan. Harus mengambil sikap berhati-hati sekiranya suami mula mengelak untuk menghadiri program-program di tempat mereka mendapat kepulihan dulu.

Sepuluh jari kumohon maaf andai tulisan ini menjentik rasa marah dari sesiapa.

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile dan whatssap di nombor telefon yang tertera diatas.

Monday, August 15, 2016

Sokongan Isteri suami HIV +

Sejak aku memulakan group Magnetic Wife, akmi sering saling menyokong dalam pada perlu nya menyokong suami yang berstatus HIV +. Kerap aku dapat maklumat dari mereka yang gusar untuk berkahwin terutamanya lelaki. Namun apabila telah berkahwin, tidak mahu pula para isteri mereka menyertai mana-mana kumpulan sokongn. Aku sangat kecewa bila ini berlaku.

Ini kerana realiti berkahwin dengan seorang suami HIV+ tidaklah mudah. Anda perlu menghadapi stigma yang sangat menebal. Ada pihak hospital yang mengherdik para isteri yang mahu menjalani ujian rapid test dan sebagainya, malah yang menjalani rawatan kesuburan dan sebagainya juga sering menghadapi kata-kata yang menggangu psikologi isteri.

"Awak dah tahu suami awak HIV, kenapa masih bersama?"
"Awak yang cari nahas, awak gugurkan sahaja kandungan, suami awak HIV +"
"Kenapa kahwin juga walau dah tahu suami awak HIV?"

yang paling sedih ada yang di suruh untuk mengikat peranakan hanya kerana suami HIV +. Dan sebagai seorang isteri, kadangkala ini semua dipendam, kisah mereka ditengking dikhlayak ramai kerana bersuamikan seorang HIV+, mereka pendam sendirian. Kerana tidak mahu menyebabkan pihak suami stress dan cd4 mereka turun pula.

Tolonglah, bantu mereka untuk sentiasa menyokong anda. Jangan menyangka hanya anda sahaja yang memerlukan sokongan, stigma ini tiada tembok dan tidak mengenal mangsa, semua perlu saling memberi sokongan. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri.

Galakkan isteri atau pasangan anda mendapatkan kumpulan-kumpulan sokongan ini. Itu tanggungjawab anda.





Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile atau whatssap kami di 0196725497

Sunday, August 14, 2016

Tahniah kawan :)

Salah seorang dari rakanku HIV+ yang terawal aku kenali, telah melansungkan perkahwinannnya. Sangat happy aku.


[18/07 5:01 pm] Ajib: Time sbelom buat test darah tu, sy bincang ngan doc sy.. Dia kol mo yg incaj bhagian blood test bgtau
[18/07 5:02 pm] Ajib: Then i gi jumpa mo tu bwk buku rawatan n cerita ttg bila start haart n lain2
[18/07 5:02 pm] Ajib: Pastu dia amik borang blood test i, cop semua n remark under rawatan haart
[18/07 5:03 pm] Ajib: Siap semua i hantar ke jaip, tggu dlm stgh jam, dia kluarkan surat kebenaran nikah
[18/07 5:03 pm] Ajib: Wife bwk surat tu n semua borang2 skali, n suit kat perak lak
[18/07 5:04 pm] Ajib: Perak amik semua borang tu utk proses
[18/07 5:04 pm] Ajib: Pastu selesai proses trus pejabat serahkan semua surat2 utk akad nikah straight to tok kadi
[18/07 5:05 pm] Ajib: So wife i just hantar dokumen2 n pejabat sana uruskan
[18/07 5:05 pm] Ajib: Cmtu la
[18/07 5:05 pm] Ajib: Tamat kisahnye
[18/07 5:08 pm] NH: Wife u lansung tak ditanya apa2?
[18/07 5:09 pm] Ajib: Xde.. Borang tinggalkan je kat pejabat sana
[18/07 5:09 pm] Ajib: Then ada skali pejabat tepon konfirmkan tarikh je

[18/07 5:10 pm] NH: Ok. Alhamdulillah,dipermudahkan



Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile atau whatssap kami di 0196725497



Wednesday, August 10, 2016

HIV Undetected bermaksud TIDAK MENGJANGKITI

Aku terbaca artikel ini disebuah fanpage

UNDETECTABLE bermaksud TIDAK BOLEH MENGJANGKITI
Undetectable HIV (Viral load tidak dapat dikesan) bermaksud HIV tidak boleh berjangkit, satu istilah perubatan yang ditunjuk oleh kajian PARTNER.
Hentikan stigma atau pandangan negatif kepada mereka yang menghidap HIV. Mereka yang TELAH undetected dan memberi komitmen kepada rawatan TIDAK PERNAH MEMBAHAYAKAN ANDA. Hentikan pandangan negatif, Anda tidak pernah tahu apa yang mereka lalui.
Mereka mungkin melalui kesukaran alahan ubat terutama di awal permulaan rawatan, mereka mungkin terpaksa menukar pekerjaan kerana mahu memudahkan komitmen dalam rawatan, mereka mungkin bermujahadah berjuang untuk mengubah diri dari kegiatan berisiko yang menjadi kehidupan mereka dulu, mereka mungkin mangsa pemindahan darah, mereka mungkin mangsa penganiayaan,mereka mungkin dibuang keluarga dan rakan kerana didapati menghidap HIV,mereka mungkin telah melalui pelbagai peristiwa hatit yang terlalu sukar untuk diceritakan.
Jika ANDA tidak mengHENTIKAN STIGMA ini;
mereka yang berisiko atau sesiapa sahaja akan terus takut mendapatkan rawatan.
HIV TIDAK AKAN BERHENTI
ANDAI STIGMA TIDAK BERHENTI
Petikan asal dari post fb Terrence Higgins Trust
"Undetectable means HIV cannot be transmitted thanks to medication - that's what the PARTNER Study shows.
“We can now say with confidence that if you are taking HIV medication as prescribed, and have had an undetectable viral load for over six months, you cannot pass HIV onto your partner, with or without a condom." said our Medical Director, Dr Michael Brady."
-Hannan
Setiausaha Pertubuhan Islah Movement
"Hentikan STIGMA dan PREJUDIS"
jom kita sebar dan like page Pertubuhan Islah Movement
https://www.facebook.com/islahmovementmelaka.


Note: kami kini (NH dan OM) boleh dihubungi di whatssap 0196725497