Monday, August 15, 2016

Sokongan Isteri suami HIV +

Sejak aku memulakan group Magnetic Wife, akmi sering saling menyokong dalam pada perlu nya menyokong suami yang berstatus HIV +. Kerap aku dapat maklumat dari mereka yang gusar untuk berkahwin terutamanya lelaki. Namun apabila telah berkahwin, tidak mahu pula para isteri mereka menyertai mana-mana kumpulan sokongn. Aku sangat kecewa bila ini berlaku.

Ini kerana realiti berkahwin dengan seorang suami HIV+ tidaklah mudah. Anda perlu menghadapi stigma yang sangat menebal. Ada pihak hospital yang mengherdik para isteri yang mahu menjalani ujian rapid test dan sebagainya, malah yang menjalani rawatan kesuburan dan sebagainya juga sering menghadapi kata-kata yang menggangu psikologi isteri.

"Awak dah tahu suami awak HIV, kenapa masih bersama?"
"Awak yang cari nahas, awak gugurkan sahaja kandungan, suami awak HIV +"
"Kenapa kahwin juga walau dah tahu suami awak HIV?"

yang paling sedih ada yang di suruh untuk mengikat peranakan hanya kerana suami HIV +. Dan sebagai seorang isteri, kadangkala ini semua dipendam, kisah mereka ditengking dikhlayak ramai kerana bersuamikan seorang HIV+, mereka pendam sendirian. Kerana tidak mahu menyebabkan pihak suami stress dan cd4 mereka turun pula.

Tolonglah, bantu mereka untuk sentiasa menyokong anda. Jangan menyangka hanya anda sahaja yang memerlukan sokongan, stigma ini tiada tembok dan tidak mengenal mangsa, semua perlu saling memberi sokongan. Jangan bersikap pentingkan diri sendiri.

Galakkan isteri atau pasangan anda mendapatkan kumpulan-kumpulan sokongan ini. Itu tanggungjawab anda.





Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile atau whatssap kami di 0196725497

No comments:

Post a Comment