Saturday, June 27, 2015

Magnetic wives

"Salam, kami nak bt whatssap group utk isteri2 bg pasangan plhiv (affected),berminat tak  utk join?
Tujuan untuk sharing bagaimana untuk support suami positif,info2 tentang kita perlu tahu, sokongan bagi isteri2 pula untuk mengetahui hak2 dihospital,sharing dalam penjagaan diri,dan zuriat,dan sebagainya.

Kalau berminat boleh bg no fon isteri untuk saya masukkan dalam whatssap group. Tq"

Itulah mesej aku pada pagi ini pada mereka yang berkenaan. Dan kepada sesiapa yang nak masukkan isteri-isteri anda, cuma pm saya didalam group fb PWSG. Jika anda adalah member kepada Positive Warriors Support Group.

Jika tidak, langkah pertama ialah hantar mesej kepada admin page Pertubuhan Positive Warriors Malaysia di FB.

Inshaallah untuk kearah kebaikan.

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Monday, June 22, 2015

Ali setan 30 tahun dan ramadhan kami


Ulang tahun Filem Ali Setan buat aku teruja, puas aku bercerita dengan suami tentang cerita ini, mulanya dia endah tak endah. Dan aku hairan, takkan ada orang kat Mlaysia ni yang hidup tahun 80 an dulu tak tahu tentang cerita ni.

aku: Abang takkanlah tak tahu cerita ni?
Dia: tahun tu abang tingkatan 5, di sekolah budak nakal.

Ouch..

Ya, tahun itu kali pertama dia ditangkap akibat dadah. Detik permulaan yang menjadi rentetan hidup gelap dia. Seawal itu.

Malam itu, aku mengajak dia menonton filem itu di Youtube. Dia juga teruja.

Dia pernah berkata dengan aku, dunia penagih dadah ini, mereka seolah-olah terhenti dalam satu zaman. Jika mereka menagih selama 20 tahun, 20 tahun lah mereka hilang. Dan bila dalam kepulihan, merka baru seolah-olah tersedar, dan waktu itu mereka terpaksa dan dipaksa menerima siapa diri mereka.

Ibarat, dalam satu perlumbaan, wisel pemula telah dibunyikan, tapi mereka tidak berlari, mereka masih di garisan permulaan. Bila mereka sedar, perlumbaan telah pun lama tamat, rumput-rumput dipadang telah meninggi, merekalah yang terpinga-pinga mencari jalan.

Dia sangat gemar bersukan waktu sekolah, dan membantu sekolahnya menjadi juara daerah dalam Bola baling. Dia masih ingat, detik namanya dipanggil di perhimpunan sekolah, bagi meraikan kemenangan, sedang dia diluar pagar sekolah dalam keadaan gian. Itulah detik pertama dia mula tahu, dia akan jadi hamba dadah.

Merenung dia, aku jadi faham tentang masa dan kehidupan. Dan dia sangat membahagiakan aku. Bulan puasa ni, dialah yang paling rajin sediakan juadah berbuka dan sahur. Tidak mudah mendapat suami sebegini. 

Disebabkan rawatan ubat HAART, keadaan dia yang baru berhenti merokok, dan juga akhir-akhir ni dia kerap lesu kerana HCV(Hep C), cd4 dia juga jatuh sedikit sejak berkahwin, kami dah berbincang untuk sekadar dia membayar fidyah. Itu lebih mudah pada dia.

Dan, hidup aku dan dia sangat bahagia, terutama ramadhan, terawih bersama, atau kadangkala berimamkan dia dirumah, sangat indah. Ini tahun kedua ramadhan kami. Aku tahu semua didunia ini sementara. Dan kebahagiaan dengan dia setahun dua ini sangat aku syukuri.

Papa, I love you :)

note: kami sedang mengumpul pengalaman rakan-rakan komuniti tentang proses perkahwinan mereka, memandangkan ini antara isu utama yang sering menjadi kerisauan rakan-rakan yang baru diagnosed terutamanya.

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Sunday, June 14, 2015

Hepatitis C dan dia

Minggu lepas aku ikut suami pergi temujanji doktor untuk hepatitis C. Yang tercatat disitu ialah bacaannya 97. HepatitisC, aku akuiaku kurang informasi. Namun yang aku tahu risikonya lebih mudah dari HIV.

Kebanyakan kes Hep C yang tidak dirawat berakhir dengan kanser hati. Namun ada rawatan untuk melemahkan Hep C didalam badan. Ia tidak ada vaksin, kerana penawarnya masih belum ditemui. Serperti HIV.

Cuma yang aku nampak, kerana bahayanya HIV pada awal kemunculannya, HIV lebih banyak kajian dibuat, dan ubat untuk melemahkan virus ini sentiasa berevolusi. Tidak pula tentang Hep C. Hep C jarang diperkatakan, walaupun aku lihat ia kini menjadi pembunuh yang lebih pantas dan lebih bahaya dari HIV.

Dan di Malaysia, rawatannya juga masih samar dan juga dipertikai.

Apa yang kami boleh buat, ialah ikut sahaja rawatan yang dicadangkan doktor. Untuk rawatan memerlukan ultrasound dan beberapa ujian lagi, untuk menentukan pula ubat apa yang bersesuaian dengan viral load didalam badan seseorang. Ya, aku perlukan banyak membaca lagi tentang Hep C ini.

Hep C juga sering membuatkan seseorang itu berasa lesu dan lemah. Namun banyak perkara lain juga buatkan seseorang tu lesu, jadi tidak perlulah memikirkan kerana Hep C sahaja.

Yang penting kita jalani hidup dengan bermakna.






NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Thursday, June 4, 2015

Bila dalam perjalanan

Bila kami berjalan jauh, biasanya kamu akan pastikan kami membawa ubat HAART secukupnya.  Aku memang sangat bertegas dan suami juga pentingkan bahawa dia mesti membawa ubat tersebut.  Ada kala kami simpan sedikit stok didalami dashboard kami. Disamping itu kami juga pastikan kami tak lupa beberapa barang keselamatan.

Hariini..

Kami akan sehari dua pulang ke kampung.  Aku belek beg kecil yang biasa kukelek. .

Aku: Eh,saya ada bawa sepeket kondom.
Dia: abang ada sekotak dalam beg sandang.
Aku: ceh abang lagi melampau.

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

Wednesday, June 3, 2015

Berhadapan dengan Hospital

Aku tak tahu nak letak tajuk apa, tapi aku letak jelah tajuk yang mudah ni ya. Hey, aku sebenarnya insan yang sangat kreatif ya, tajuk macam ni direct sangat. Hahah.

Okaylah, harini aku bawa seorang kawan ke klinik ID, klinik ID ialah klinik untuk pesakit penyakit berjangkit (Infection Disease), selalunya hari temujanji memang hari yang panjang sebab, punyalah ramai manusia, dan di tempat aku ni, macam tak cukup staff je. Dan seperti biasa, hospital adalah tempat semua orang murung, so apa kau nak expect lebih-lebih lagi klinik ID kot. Tapi dulu aku pernah jumpa kawan di Klinik ID Hospital Muar, meriah, geng-geng budak-budak pengasih dan orang-orang lain pesakit tu, berbual tanpa segan silu. Jujurnya, bagi aku, bila kita sedih dan murung, itulah yang membuatkan kita lebih sakit.

Ya, orang mungkin kata aku ni bukan orang HIV tak tahu apa kesedihan tu. Okay, takpelah, sila terus bersedih. :)

Apa yang aku nak ceritakan, klinik ID disini tahun lepas lagi teruk, dengan kalau masuk, penuh dengan doktor pelatih nak temuduga lah, dengan staff mulut macam puaka lah, lepas tu doktor macam tak tahu apa nak cakap lah. So ramai yang cabut tak mahu teruskan rawatan. Ramai yang bersikap, ah lantaklah apa nak jadi.

Tapi, alhamdulillah sejak aku usulkan laporan, dua kali, alhamdulillah tahun ni sangat ok. staff ID dah bertambah, doktor harini pun tahu apa yang dia terangkan dan sangat privacy, orang luar tak boleh masuk melainkan waris.

Doktor tu bagi tahu, KKM biayai perubatan untuk PLHIV dan sepatutnya dihargai dengan kepatuhan rawatan dan pengambilan ubat. Selamba je aku cakap, kalau persekitaran dengan staff tak baik, ada je kes yang menyampah nak berhadapan dengan staff untuk meneruskan rawatan, akhirnya henti rawatan dan buang je ubat. Doktor tu senyap je, telan air liur.

Ini realiti, plhiv berhadapan dengan stigma, kalau tidak selesa ketempat yang patutnya paling selamat, ramai yang akan ambil jalan mudah dengan melupakan rawatan. Itulah namanya stigma membunuh, bukan HIV.

Dan diorang dah boleh dihubungi melalui oncall, taklah susah nak hubungi dan cuma tunggu hari temujanji sahaja. Jadi, sebarang ketidakpuasan hati, kita boleh bawa berbincang, dan usulkan.

Suami harini pergi temujanji di klinik kesihatan lain, dia buat gigi palsu. Hehe. Sebenarnya aku baru tahu, kebanyakan bekas pengguna dadah akan mengalami kerosakan gigi, akibat gigi yang mereput kerana sejarah penggunaan dadah, dahulu.

Okay, kipidap bang, malam ni nak tengok gigi baru. hehe.

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile