Wednesday, June 3, 2015

Berhadapan dengan Hospital

Aku tak tahu nak letak tajuk apa, tapi aku letak jelah tajuk yang mudah ni ya. Hey, aku sebenarnya insan yang sangat kreatif ya, tajuk macam ni direct sangat. Hahah.

Okaylah, harini aku bawa seorang kawan ke klinik ID, klinik ID ialah klinik untuk pesakit penyakit berjangkit (Infection Disease), selalunya hari temujanji memang hari yang panjang sebab, punyalah ramai manusia, dan di tempat aku ni, macam tak cukup staff je. Dan seperti biasa, hospital adalah tempat semua orang murung, so apa kau nak expect lebih-lebih lagi klinik ID kot. Tapi dulu aku pernah jumpa kawan di Klinik ID Hospital Muar, meriah, geng-geng budak-budak pengasih dan orang-orang lain pesakit tu, berbual tanpa segan silu. Jujurnya, bagi aku, bila kita sedih dan murung, itulah yang membuatkan kita lebih sakit.

Ya, orang mungkin kata aku ni bukan orang HIV tak tahu apa kesedihan tu. Okay, takpelah, sila terus bersedih. :)

Apa yang aku nak ceritakan, klinik ID disini tahun lepas lagi teruk, dengan kalau masuk, penuh dengan doktor pelatih nak temuduga lah, dengan staff mulut macam puaka lah, lepas tu doktor macam tak tahu apa nak cakap lah. So ramai yang cabut tak mahu teruskan rawatan. Ramai yang bersikap, ah lantaklah apa nak jadi.

Tapi, alhamdulillah sejak aku usulkan laporan, dua kali, alhamdulillah tahun ni sangat ok. staff ID dah bertambah, doktor harini pun tahu apa yang dia terangkan dan sangat privacy, orang luar tak boleh masuk melainkan waris.

Doktor tu bagi tahu, KKM biayai perubatan untuk PLHIV dan sepatutnya dihargai dengan kepatuhan rawatan dan pengambilan ubat. Selamba je aku cakap, kalau persekitaran dengan staff tak baik, ada je kes yang menyampah nak berhadapan dengan staff untuk meneruskan rawatan, akhirnya henti rawatan dan buang je ubat. Doktor tu senyap je, telan air liur.

Ini realiti, plhiv berhadapan dengan stigma, kalau tidak selesa ketempat yang patutnya paling selamat, ramai yang akan ambil jalan mudah dengan melupakan rawatan. Itulah namanya stigma membunuh, bukan HIV.

Dan diorang dah boleh dihubungi melalui oncall, taklah susah nak hubungi dan cuma tunggu hari temujanji sahaja. Jadi, sebarang ketidakpuasan hati, kita boleh bawa berbincang, dan usulkan.

Suami harini pergi temujanji di klinik kesihatan lain, dia buat gigi palsu. Hehe. Sebenarnya aku baru tahu, kebanyakan bekas pengguna dadah akan mengalami kerosakan gigi, akibat gigi yang mereput kerana sejarah penggunaan dadah, dahulu.

Okay, kipidap bang, malam ni nak tengok gigi baru. hehe.

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

6 comments:

  1. sedih tengok condisi gigi ni... argh. im too young to be using polident! help!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh awak pun kena? Tak apa, banyak lagi nikmat dalam hidup.

      Delete
    2. Awak pun pernah guna dadah ke?

      Delete
    3. Suami saya bekas pengguna dadah

      Delete
  2. Aslmkm kak,
    Bolehnsy tau di hospital mana akak selalu pergi klinik ID, sy baru di diagnose reactive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak boleh nyatakan disini klinik tersebut. Tapi awak akan dapat rawatan dari hospital yang rujuk awak,inshaallah semuanya akan ok :)
      NH

      Delete