Friday, May 29, 2015

Perkenalan

Aku tertarik dengan jujurnya beliau melamar aku. Baru kenal dalam tempoh sebulan dan hanya sekali pertemuan. Bila dia serius, aku mula perkenalkan dia kepada ayah angkatku. Okay, pertama sekali, kenapa aku terima dia?

1. Dia jaga solat
2. dia tall dark and handsome (dimata aku)
3. dia tahu semua kelemahan aku, setelah kami berbincang.
4. telah aku istikarah, dan jawapannya sangat positif.

Ayah angkatku agak faham tentang isu HIV, aku memang dah terus terang disitu. Tapi persoalan disini, bagaimana untuk melepasi ujian HIV di Klinik Kesihatan?

Keajaiban terjadi.  Ujian rapid test HIV beliau menunjukkan non reaktif. Okay ini kes 1 dalam 50 kebarangkalian.  Mungkin kereana CD4 nya yang lebih 400 dan dia juga mengamalkan pemakanan tambahan pada masa itu. Tapi sebenarnya aku baru dapat tahu, memang keputusan rapid test tidak tepat, pada tahun ini, bila aku nak buat sekali lagi (dimana pasangan yang negatif disarankan buat ujian hiv setahun sekali), staff yang menguruskan aku meminta aku untuk buat ELISA test, bukannya rapid test seperti yang selalu digunakan untuk pra perkahwinan.

Jadi, kami pasangan istimewa yang dijab kabulkan tanpa keluarga mengetahui dia sebenarnya PLHIV. Namun, beberapa hari sebelum akad nikah, aku ada berbincang dengan ibu. Alhamdulillah ibu sangat memahami, mungkin kerana ibu dah lihat dia sangat bersungguh dalam perhubungan kami. (aku akan menulis prosedur biasa pada entry akan datang, melalui pengalaman rakan-rakan yang positif HIV).

Dia, bekas askar, namun diberhentikan kerana terlibat dengan dadah. Kini 10 tahun dalam kepulihan. Aku melihat dia yang kini, bukan dia yang dulu.

Ya, dan perkahwinan kami kini hampir genap 2 tahun. Dan kami masih dalam bulan madu yang sangat indah. Ya, suamiku HIV positif. Aku buat blog ini, demi permintaan seorang sahabat untuk menjadi panduan pada pasangan magnetic (positif+negatif) di luar sana.

-NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

10 comments:

  1. awak. sungguh bertuah suami awak ada isteri macam awak.boleh menerima dirinya seadanya. sy salute kat awak. alangkah indah suatu hari nanti sy dapat berjumpa dengan wanita yang persis macam awak, boleh terima diri saya seadanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah, ada insan yang boleh terima andai kita tunjukkan kita boleh melindungi dia sebagai isteri

      Delete
  2. syukur ada blog ni, at least ada tempat rujukan.. ;) by the way, if sy nak contact u mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh tinggalkan mesej dan email atau apa2 detail di borang Hubungi Kami disebelah tu. :)

      Delete
    2. TQ, saya sudah tinggalkan msg disebelah. hopefully dapat berhubung untuk share any info n pengalaman as a magnetic couple.

      TQ again :)

      Delete
  3. Salam Kenal NH :)

    Kita dalam landasan yang sama. Suami positif & saya -ve.
    Alhamdulillah syukur dengan nikmat bahagia yang Allah beri.

    Tarikh entry ini 29 May 2015 adalah tarikh pernikahan saya bersama suami! ;)

    Kami bernikah Alhamdulillah tanpa ada keluarga tahu tentang permasalahan kami.

    ReplyDelete
  4. salam. saya baru terbaca blog awak. awak memang wanita yang kuat, harap berkekalan bahagia. amin..

    ReplyDelete
  5. sgt2 tenang baca u punya blog... sgt2 terbuka minda...

    ReplyDelete
  6. SEORANG doktor di United Kingdom (UK) lebih rela dirinya dijangkiti HIV berbanding menghidap diabetes jenis 2. Mengapa? Ini kerana katanya, seseorang pesakit dapat hidup dengan virus terbabit, namun tidak diabetes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://downloadpelbagai.blogspot.my/2014/06/lebih-rela-dijangkiti-hiv-berbanding.html

      Delete