Wednesday, April 27, 2016

Realiti suami HIV+

Realitinya, sebagai isteri atau bakal isteri ingin aku berpesan agar sentiasa peka dengan tingkah laku teman serumah ini. Dia diuji, dan kita biasanya tahu ujian yang mereka hadapi. Dan sebelum mereka hadir pada kita, jalan hidup mereka sangat berliku.Kadangkala ada bahagian yang perlu kita lebih fokus.

Mungkin selain apa yang perlu kita fokus itu dia sangat sempurna. Ya.

Dunia diluar tidak beerti dan tidak mengapa andai mereka tidak memahami. Cukup anda sebagai isteri mereka memahami. Memahami apa yang berlaku. Kejujuran sangat penting. Sama macam rumah tangga yang biasa, yang juga tidak pernah kering dari ujian.

Latar belakang aku dan abang jauh berbeza. Jadi kami saling belajar. Dunia dia sekarang, dunia dia yang dahulu. Dan bagaimana untuk masuk kedunia baru, kadangkala mereka bertatih, dan kitalah yang harus memimpin.

Aku menulis dari kacamata seorang isteri yang HIV- dan sebelum ini, jika tidak kerana terlibat dengan pelbagai program, aku juga sangat asing. Lalu setiap hari adalah pelajaran dan penemuan mungkin.

Kepada pasangan magnetic, support itu sangat penting. Dan kita sebenarnya tidak sendirian. Pastikan selalu berhubung dengan rakan-rakan senior dalam komuniti.

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile