Tuesday, April 16, 2019

Kepentingan Vaksin HPV

Kepentingan HPV Vaksin

Ramai yang menganggap vaksin HPV hanya untuk perempuan sahaja.

Ini adalah salah.

HPV ini boleh mengjangkiti tanpa mengira jantina. Virus HPV ini boleh menyebabkan kanser pangkal rahim, kanser mulut, kanser anal dan kanser alat kelamin lelaki (penile cancer).

Risiko kepada mereka yang menghidap HIV+ adalah lebih tinggi. Kerana itu disarakankan wanita yg hidup dengan HIV melakukan pap smear setahun sekali, sedangkan wanita yang tidak menghidap HIV ialah 3 tahun sekali.

Dinegara barat remaja lelaki dan perempuan diberikan suntikan vaksin HPV sebelum mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Iaitu lingkungan bawah 15 tahun.

Di Malaysia hanya remaja perempuan sahaja yang diberikan suntikan vaksin HPV percuma.

Ada kajian mengatakan suntikan vaksin HPV tidak begitu berkesan kepada PLHIV yang berumur 27 tahun ke atas, namun ialah hanya mampu berkesan bagi mengelak kanser oral.

Anda boleh mendapatkan vaksin Gardasil 9 di klinik-klinik cawangan FRHAM atau lab-lab dan klinik swasta.

Gardasil 9 berharga rm450 untuk satu suntikan, 3 suntikan lengkap diperlukan oleh semua individu berusia 15 tahun keatas.

Namun ada klinik-klinik atau lab swasta seperti Bp Lab yang masih menyimpan stok Gardasil 4, yang lebih murah iaitu rm810 untuk 3 dos lengkap.

Anda juga akan diminta untuk melakukan ujian saringan HPV dahulu sebelum mengambil vaksin HPV, untuk memastikan anda tidak ada virus ini. 

Mohon panjang-panjangkan maklumat ini, sebagai satu langkah pencegahan.

Sumber rujukan:

http://www.myhealth.gov.my/human-papilloma-virus-hpv/

https://www.poz.com/article/hpv-vaccine-gardasil-effective-people-hiv-age-27

http://www.frham.org.my/index.php?our-organization