Tuesday, August 23, 2016

HIV atau sikap? IDU dan MSM.

Dalam memaparkan sebuah kehidupan positif dalam menjadi seorang isteri kepada plhiv, ada juga sesutau yang bermain difikiran aku. Situasi ini juga telah banyak kali dulu disebut oleh arwah pakcik pie.

HIV tidaklah menjadi penghalang besar bagi sesebuah perkahwinan. Jujurnya aku sangat bahagia dengan abang dan abang adalah anugerah terindah didalam hidup aku. Namun apa yang menggusarkan fikiran aku ilah sekiranya pasangan wanita tidak bersedia mental kepada sikap yang selalunya tidak pun berkaitan dengan HIV.

Maafkan aku, aku akan menulis secara jujur dan berkias. Aku menulis sebagai isteri, bukan mereka yang terlibat dengan komuniti atau sukarelawan. Izinkan aku menulis seketika sebagai isteri sahaja. Tidak lebih tidak kurang.

Kebanyakan penghidap HIV adalah bekas pengguna dadah dan pengamal seks songsang. Bekas pengguna dadah dipanggil exIDU dan pengamal seks songang dipanggil MSM/gay dalam dunia sukarelawan komuniti. Apa itu komuniti? Komuniti disini bermaksud mereka yang terlibat dengan NGO-NGO Hiv dan golongan PLHIV itu sendiri.

Selain dari dua golongan utama ini, memang ada mereka yang heterosexual (normal/straight) dan bukan pengguna dadah pun, tetapi sangat minoriti, iaitu bagi lelaki. Bagi wanita memang banyak kisah duka sebalik virus ini. Dan diulang sekali lagi, aku menulis sebagai isteri.

Segala stigma dan sakitnya bila didalam mana-mana dokumentasi kesihatan tertulis sebagai isteri kepada HIV+ , dipaksa menerima nasihat untuk tidak merancang zuriat walaupun telah undetected, dihina dengan persoalan oleh kakitangan perubatan kenapa masih mahu berkahwin dengan seorang HIV+ tidak ada bekas dihati melainkan bila pasangan mengkhianati kepercayaan. Yang bagaimana? Kembali kepada cara hidup lama atau menipu fakta yang membawa kepada sikap buruk.

Benar golongan MSM biasanya perfectionist. Sangat kacak, sangat detail, tapi sayang kalau tak mahu berusaha bahagiakan isteri, tidak mahu sedaya upaya memberi kebahagiaan pada isteri dalam nafkah batin, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha. Ada yang berjaya, sekadar menganggap isteri itu fungsinya mendapat zuriat, isteri itu hanya perhiasan yang boleh dipamer. Dan ada yang tidak berjaya dalam memberi nafkah batin, memanipulasi fikiran isteri dengan mengatakan takut kerana HIV. Sedangkan telah undetected. Kasihanilah isteri yang naif, yang masih suci walaupun dah berbulan malah bertahun berkahwin. Bukankah itu hak isteri antara yang paling utama? Melainkan kehendak itu telah tiada. Gadis muslimah, mana, malah nabi pun memberi nafkah batin kepada isterinya. Isteri yang baru berkahwin, dengan rasa malu yang menebal, terpaksa berteka teki tentang hubungan batin ini. Di neraca mana beratnya dosa suami yang tidak usaha memberi nafkah batin kepada isteri? Tak dapat dibayangkan. Jika suami mahu berusaha. Isteri harus menerima dengan tangan terbuka dan menggalakkan, serta menyokong sepenuhnya, ketahuilah langkah itu bukan langkah mudah bagi sang suami. Itu adalah hijrah mereka untuk meninggalkan perkara yang lepas.

Golongan exIDU pula, isteri wajar bersikap lebih maju dan bijak dalam menguruskan kehidupan bersama. Pastikan suami tidak mempunyai ruang-ruang walau sekecil mana pun untukm kembali kepada dadah. Dan harus diingat, dadah kini ada pebagai jenis, ketagihan kepada tablet berbentuk pil juga harus diperhatikan. Apa sahaja yang boleh membuatkan suami dalam keadaan seperti khayal, harus dihentikan serta merta. Suami akan menipu dan menafikan. Sabar, rampas perkara yang mengkhayal kan tu, kalau masih diperingkat awal, suami tidak agresif. Bila suami telah dapat kembali rasionalnya, berbincang dengan baik. Biasanya bekas penadih yang telah berkahwin, mereka sedar akan tanggungjawab, cuma kadangkala kerinduan pada perkara haram ini yang membuatkan mereka tersilap langkah. Pastikan juga sentiasa ada nombor personal rakan yang incharge dalam AADK atau PENGASIH. Jangan putuskan suami dari group sokongan pemulihan, galakkan mereka untuk hadiri program-program bersama rakan-rakan yang pulih terutamanya di AADK atau PENGASIH. Kerana, rakan-rakan mereka cepat mengesan sekiranya suami dalam ambang kejatuhan pada tabiat lama. Suami yang dalam kepulihan juga memang akan sentiasa semangat untuk bertemu rakan-rakan yang juga dalam kepulihan. Harus mengambil sikap berhati-hati sekiranya suami mula mengelak untuk menghadiri program-program di tempat mereka mendapat kepulihan dulu.

Sepuluh jari kumohon maaf andai tulisan ini menjentik rasa marah dari sesiapa.

Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile dan whatssap di nombor telefon yang tertera diatas.

1 comment:

  1. Good Sharing.. stay strong with your future..

    ReplyDelete