Monday, January 2, 2017

Methadone, pro dan kontra

Program methadone adalah antara solusi KKM kepada penagih-penagih heroin tegar. Ianya adalah sejenis dadah gantian. Dimana ia termasuk didalam jenis ubatan terkawal. Setakat ini program ini berjaya membuatkan penagih-penagih bebas dari penyalahgunaan dadah. Dapat berkerja dan hidup berkeluarga. Ianya membuang ketagihan kepada heroin.

Dibuktikan melalui ilmu perubatan, bahawa heroin menyebabkan satu saraf baru wujud dalam otak penagih heroin, menyebabkan kecacatan kekal dan menuntuk keperluan kepada ketagihan ini seumur hidup.

Abang adalalah salah seorang yang menyertai program ini. Namun abang juga pernah mengikuti rawatan di PENGASIH.

PENGASIH menggunakan sistem cold turkey.

Seperti mana kita lihat di televisyen penagih baru akan diletakkan didalam sel dan perlu mandi berkali-kali, itulah cold turkey. Dimana jika kerana heroin, ketagihan hanya berlaku dalam dua hari, dan selepas itu yang perlu adalah sokongan kerohanian dan moral, kerana kesakitan itu telah tiada yang ada hanya ingatan. Namun detox di PENGASIH tidaklah seperti pusat serenti dulu yang seperti lokap. Detox di PENGASIH adalah bilik yang lengkap dengan katil,kipas dan bersih.

Methadone melibatkan pergantungan seumur hidup, setiap pagi perlu beratur diklinik samada public holiday atau hari-hari biasa, untuk minum methadone, ada negeri membolehkan sistem take away 3 hari sekali, namun ada negari tidak membenarkan kerana banyak berlaku penyalahgunaan methadone juga, samada dijual ataupun diambil melebihi dos yang diperuntukkan untuk setiap individu. Malah kadangkala ada pusher yang menunggu disekitar klinik untuk berurusan jual beli.

Abang inginkan kepulihan sepenuhnya, apatah lagi rakan sokongan abang adalah terdiri dari orang-orang PENGASIH. Abang cemburu dengan mereka yang gembira dengan kepulihan dan bersih dari pergantungan.

Minggu lepas setelah berbincang berbulan-bulan dengan aku, abang tekad untuk pergi ke PENGASIH, abang akan duduk di detox untuk bertarung dengan gian kepada methadone, yang dikatakan 7 kali ganda lebih sakit dari heroin, dijangka abang memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu solid untuk pulih dari kesakitan.

Kami juga masih bergelut dalam memilih rawatan Hep C yang tidak banyak pilihan itu, abang tak dapat masuk program percubaan oleh DNDI di hospital selayang untuk fasa 1. Kemungkinan besar kami akan berurusan pembelian ubat dengan Buyer club dari MTAAG+, Namun abang minta aku tunggu dulu setelah abang keluar dari detoks.

Aku sendiri menghantar abang dan bertemu dengan rakan-rakan abang yang sangat mengalu-alukan kedatangan abang, kata mereka dah tiba masa untuk abang hilangkan pergantungan, cukuplah dengan ubat HAART. Ikut prosedur di Headquarters PENGASIH, tak silap kami bayaran ialah rm3000. Tapi yang kami pergi adalah cawangan negeri, jadi kami hanya menghulurkan sumbangan rm200. Lagipun abang dikira dalam kategori after care.

Atas nasihat rakan-rakan abang menyerahkan handphonenya kepada aku. Dan rakan PENGASIH akan hubungi aku sekiranya perlu.

Dalam tempoh ini kami hanya dihubungkan dengan DOA.

-NH





Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

No comments:

Post a Comment