Sunday, January 29, 2017

Family Support Group PENGASIH

Semalam aku ikut abang ke rumah teduhan kasih. Abang dah pun dibenarkan pulang dan abang nampak lebih sihat dan lebih berkeyakinan diri. Abang kini bebas dari Methadone.

Genap 30 hari abang di diteduhan kasih. Abang berbincang dengan pengurus projek dan minta berulang dari rumah selepas ini.

Gembiranya kami bertemu,seolah macam baru kahwin :)

Orang mungkin tak berapa faham situasi kami. Mungkin kerana kami belum ada zuriat,jadi kami sangat rapat. Orang kata kami sweet couple manis tahap boleh kena diabetis tahal potong kaki. Hehe.

Jadi semalam, aku berpeluang menyertai family support group, walaupun aku bukanlah diwajibkan kerana abang adalah sukarela dan bukan peserta, tapi abang galakkan aku masuk supaya aku lebih faham dunia pemulihan penagih.

Kata En. Rhazali, keluarga adalah Silent Sufferer bagi isu penagihan dadah. Dalam group kami, ada satu keluarga, yang peserta  program adalah ayah mereka. Mereka menghantar ayah mereka,dan seumur hidup mereka, mereka cuma mengenali ayah mereka sebagai penagih dadah, ketiga-tiga anak ini adalah anak yang berjaya ke.universiti dan mempunyai kerjaya yang baik, walau dibesarkan oleh ibu mereka sahaja, yang juga pastinya bergelut dengan keadaan ayah mereka yang.keluar masuk pusat dan penjara.

Hinggalah di Teduhan Kasih ini,baru mereka melihat ayah mereka dalam kepulihan. Pertama kali mereka memeluk ayah mereka sebagai seorang ayah.

Menitis air mata aku menulis coretan ini.

Silent sufferer.
Semua kita.

Namun inshaallah, kita setabah keluarga ini. Apapun ujian, kita tetap memberi yang terbaik untuk kehidupan.

Nota: fon baru diformat,yang whatssap mohon perkenalkan diri,untuk aku kenali.

No comments:

Post a Comment