Sunday, December 4, 2016

Sikap atau HIV?

Sejujurnya HIV bukan masalah. Masalah ialah sikap yang masih tidak meninggalkan aktiviti berisiko dan tiada azam untuk membina kehidupan yang lebih baik.

ITU MASALAH UTAMA

HIV telah ada rawatan. Sikap manusia belum lagi ada rawatan melainkan dengan usaha sendiri.

Apabila ada yang menyuarakan ingin berkahwin dengan plhiv atau plhiv sendiri ingin berkahwin dengan non plhiv, saya akan beritahu maklumat asas tentang rawatan dan tips-tips menghadapi peringkat awal permulaan HAART.

Saya tak mampu atau tak adil sekiranya bercerita tentang masalah mereka yang masih mengamalkan aktiviti berisiko. Ini kerana sangat tidak adil sekiranya tidak memberi peluang untuk memulakan sesuatu tanpa prejudgment. Bagi saya kita menerima sesiapa yang hadir seperti sahabat baru, akan mengenali bersama masa yang dilalui.

Dan saya berpegang, semuanya adalah ujian dari Allah.

HIV bukan masalah utama dalam kehidupan plhiv dan juga keluarga yang terkesan. Tetapi stigma iaitu pandangan orang dan juga stigma didalam diri,iaitu memandang remeh hal yang baik serta memandang ringan perkara negatif yang masih berlaku didalam diri.

1 Disember telah berlalu. Alfatihah buat semua PLHIV yang telah pergi. Terutama buat saudara Muhamad bin Wahid @Ahp Pie, pakcik,abah,sahabat yang sangat rapat dengan saya dahulu.

Pakcik, saya tidak akan berganjak dari perjuangan yang pakcik lakukan. Inshaallah, walaupun saya HIV Negatif, perjuangan untuk insan-insan HIV Positif kini telah ada dalam darah saya.

Dan abang, yang saya kasihi sentiasa,abang adalah insan hebat yang saya berpeluang hidup bersama.

3 comments:

  1. semoga suami puan sentiasa sihat. Amin

    ReplyDelete
  2. Saya baru saja ke blog ahp pie tadi. Tak tau pulak dia dah tak ada. Innalillah

    ReplyDelete
  3. Teruskan menulis ye
    :noor afzan:

    ReplyDelete