Thursday, June 22, 2017

Pantauan ke Tiga Hep c(HCV) rawatan DAAs

Love, [22.06.17 12:01]
Feedback rawatan
*darah merah naik kepada 12.4...normal..tiada asid forix dibekalkan lgi sbb tk perlu
*bacaan hati turun dari 21 kpda 11...
*buah pinggang ok..
*next jumpa 27/7..
8am...ambil darah.
*jumpa doc..
11 am..
*hasil hanya akan diketahui selepas 3bulan dari tarikh last mkn ubat..
*peratus terkini yg terbaik sembuh adalah 96%.
*apapun tq mama..syukur alhamdulillah.

Pengambilan asid folic membantu abang melawan kesan keletihan akibat kesan sampingan Ribavarin. Pada sebelum ini doktor agak risau bila blood count abang turun menjunam. Lalu abang diberi asid folic. Abang juga dah mula lena tidur seperti biasa, tidak seperti awal rawatan, abang sukar untuk tidur, kesan dari Ribavarin, dan kemudiannya diikuti dengan keletihan yang amat.

Aku sebenarnya amat bersyukur dengan kesan positif dalam rawatan ini. Cuma agak tidak puas hati kerana istilah yang doktor sampaikan kepada abang agak umum. Bacaan hati yang ku google kebiasaanya pada pesakit HEP C ialah AST dan ALT, namun mungkin agak tidak tepat kerana dalam maklumat yang aku dapat bacaan:

"Typically the range for normal AST is reported between 10 to 40 units per liter and ALT between 7 to 56 units per liter."

Sedangkan bacaan hati yang dipantau oleh doktor turun dari 21 kepada 11. Bacaan hati ini yang pada awal permulaan rawatan kata doktor kepada abang, ialah 3 angka, bermaksud 100+, dan doktor berpuas hati dengan kesan rawatan ini yang membawa penurunan kepada yang dikatakan bacaan hati abang.

Keputusan rawatan samada berjaya atau tidak, hanya akan dapat setelah 3 bulan dari tarikh abang menghabiskan semua ubat yang kami beli.Disini kami mengira dari bilangan Sofosbuvir yang kami dapat. Kami memesan lebih 30 biji Daclatasvir kalau tak silap, kerana abang memerlukan dos Daclatasvir 90mg (kerana pengambuilan ubatan HAART EFAVIRENZ).

Berat badan abang sedikit susun bulan lepas, dan kali ni naik cuma 0.8gm.

Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Semoga suami puan sihat walafiat dan keluarga puan dilimpahi rahmat.

    ReplyDelete
  2. semoga abg trus diberi kekuatan. dan doakan sy juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana utk menghubungi saudara ya syurga menanti?

      Delete
    2. boleh whatssap saya di nombor tertera.

      Delete