Wednesday, March 1, 2017

Suamiku HIV positif

Ini hidup kami. Dan kami agak sibuk akhir-akhir ni. Aku ada masalah kesuburan tapi takut nak buat semua prosedur untuk kesan masalah tu. Jadi abang tak mahu aku stress. Kata abang,kalau ada rezki,adalah.

Abang pun sibuk dengan Pengasih sekarang. Tapi dia dah mula tunjuk minat nak menulis blog. Tapi lepas tulis,asyik padam,katanya tak sedap. Hehe.

Satu hari nanti,aku nak abang menulis di blog ini. Seperti impian aku, aku nak ada zuriat cuma untuk bercerita pada mereka betapa tabah dan hebatnya ayah mereka. Mungkin tiada rezki disitu,biarlah abang menulis kisah dia untuk tatapan aku dan orang lain.

Abang sebelum dia seorang penagih,dia minat pada sastera,gemar membaca. Aku tanya dia,abang ada rakan bekas penagih yang suka membaca? Dia senyum,geleng kepala. Hampir mustahil.

Aku mahu baca tulisan abang. Kisah dia bergelut dengan sehina-hina kehidupan sebagai penagih dadah, masuk keluar penjara, baik penjara tentera mahupun penjara biasa.

Ya, suami saya bekas banduan. Tapi kini dia imam saya. Yang jarang gagal jemaah subuh disurau.

Syurga itu penuh dengan orang yang bertaubat,kata rasul.

1 comment:

  1. InsyaaAllah Alhamdulillah ^_^
    :noor afzan:

    ReplyDelete