Friday, March 3, 2017

Isu bekalan ubat HAART

Dimana-mana support group HIV samada FB atau whatssap group ramai menyatakan bekalan ubatan HAART mula bercatu. Kalau dahulu ubatan haart diberi mengikut tarikh temujanji iaitu 3 atau 6 bulan sekali,kini tidak lagi. Ada hospital yang hanya memberikan bekalan selama seminggu sahaja,dan pesakit akan dihubungi untuk bekalan seterusnya.

Ramai mula beralih ke alternatif lain iaitu membeli di farmasi. Dan ramai juga yang bertukar kepada Viraday iaitu kombinasi tenvir em dan efavirenz. Harganya ialah rm180 sebotol, setakat ini. Dan boleh didapatkan dimana-mana Standard Farmasi.

Abang mengambil Combivir dan Efavirenz. Dimana bekalan Combivr sangat kritikal di hospital-hospital kerajaan. Combivir adalah gabungan Lamivudine dan Zidovudine. Ini bukan gabungan untuk Viraday.

Lalu aku mula mendapatkan maklumat dimana untuk kami dapatkan Combivir sekiranya benar-benar terputus bekalan, walau sebenarnya agak mustahil kerana Kementerian Kesihatan akan perlu juga mendapatkan bekalan ubatan haart ini kepada plhiv dibawah seliaan mereka.

Maklumat dari group HIV ialah sekiranya terputus bekalan ubat HAART, boleh hubungi standard pharmacy+60 3 4043 1880 untuk mengetahui samada mereka punyai bekalan haart ini, dan kemudiannya,apa pun, perlu minta pendapat doktor dahulu. Kemudian hanya bawa kad temujanji hospital klinik ID untuk membeli ubat ini.

2 comments: