Tuesday, March 14, 2017

HIV: Prep dan Pep

Dua minggu lepas aku ikuti perjumpaan dengan magnetic wives dan juga bengkel tentang Prep dan Pep oleh Dr. Ilias Lee dari Heritage Clinic.
Prep ialah ubatan haart yang diambil sebelum aktiviti berisiko jangkitan HIV, dimana salah satu ubatan haart ialah Tenvir M dan stocrin. Doktor akan bagi prescription ubatannya. Iaitu ambil 24jam sebelum, dan 2 jam sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan dan kemudiannya 48 jam selepas mengadakan hubungan tersebut. Sekiranya pasangan telah berkahwin dan hubungan seks memang selalu berlaku,boleh amalkan ambilan ubatan ni setiap hari mengikut waktu yang doktor berikan,sehinggalah pasangan mendapat status undetectable,selalunya 6 bulan setelah pasangan positif ni mendapatkan rawatan.

Aku tanya doktor Ilias,bagaimana sekiranya pasangan tak mahu juga ambil rawatan?

Kata doktor ilias,ambillah ubat tu sampai kamu jadi balu. Haha.

Pep, pula sekiranya telah berlaku hubungan seks atau aktiviti berisiko (biasanya hubungan seks) dalam tempoh 72 jam, boleh ambil ubatan ini, dan terus mengambilnya mengikut arahan doktor sehingga 28hari.

Dengan ini juga bagi yang merancang untuk dapatkan zuriat juga tidak perlu risau kerana tiada risiko kepada zuriat walaupun pasangan tidak mendapatkan haart.

Untuk pasangan yang telah mendapat rawatan Haart dan telah mencapat status undetectable tiada masalah dalam isu ini,jangkitan tidak pernah berlaku dari pada mereka yang telah undetectable dan patuh dengan rawatan. Orang yang patuh rawatan dan undetectable ini selamat untuk anda lakukan hubungan seks bersama dan mendapatkan zuriat. Mereka memang telah bebas dari mengjangkitkan hiv. Hiv berhenti pada mereka. Kahwinilah mereka,sekiranya mereka baik dan soleh. Anak pun confirm bebas dari HIV (eh,ayat macam promosi.haha)

Mengikut kajian, kaedah ini lebih baik dari pemakaian kondom dimana peluang elak HIV ialah 70%. Kerana kondom boleh pecah sewaktu hubungan seks,dan juga hanya boleh dipakai bila zakar telahpun keras, sedangkan air mazi juga mempunyai risiko jangkitan hiv yang sama tinggi dengan air mani.
Kami juga diterangkan bahawa dalam perlakuan seks hanya 3 perkara sahaja penyebab HIV. Iaitu zakar ke faraj, zakar ke dubur dan zakar ke mulut. Cuma didalam kes zakar ke mulut, sekiranya yang positif hiv adalah tuan punya mulut, dan tuan punya zakar negatif hiv, risiko.jangkitan tidak berlaku disitu.
Diterangkan juga kini ada risiko anal cancer selain HIV terutamanya kepada golongan homoseksual penerima. Namun pasangan heteroseksual juga ada kemungkinan tipis untuk jangkitan. Oleh itu pasangan magnetic sentiasa dinasihatkan untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan HPV  contohnya yang boleh membawa pada kanser serviks. Banyak rawatan dan pemeriksaan percuma disediakan di klinik dan hospital kerajaan kini.
Ubatan prep dan pep ini hanya disediakan dimana-mana farmasi yang membekalkan ubatan haart,iaitu farmasi Anis di HSB dan standard farmasi yang berhampiran HKL tak silap aku. Dan doktor yang setakat ini yang boleh membantu untuk pep atau prep ialah doktor Ilias sendiri di Heritage Clinic, The Red Cilinic, dan Klinik ID di UMMC. Harga pula sekitar rm180-rm250. Termurah ialah di UMMC, iaitu rm180. Kata Doktor Ilias,dia sedang berkempen kepada farmasi untuk menurunkan harga hingga rm50-rm80 sebulan.

Dicadangkan pasangan yang jarak jauh habya mengambil bila perlu shj iaitu 24 jam sebelum,2 jam sebelum,setiap hari hingga 48 jam hubungan seks terakhir.

Nampaknya jika anda berpengetahuan, seks tidak lagi menjadi penyebab HIV.

Puas hati dengan bengkel ni. Diharap pasangan magnetic couple akan tampil menghubungi aku untuk kita sama-sama sertai bengkel seperti ini.

Kawan dari Pertubuhan Islah Movement juga membawa test kit percuma untuk sesiapa mencuba.

8 comments:

  1. teruskan pejuangan

    ReplyDelete
  2. selama ni aku tertanya tanya jugak macam mana nak dapat zuriat and adakah perlu protected intercourse setiap kali bersama. so aku dapat jawapan dia kat post ni. maknanya pasangan yang negatif hiv pun kena makan ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami undetected tak perlu. Kalau belum.undetected,elok amik.prep

      Delete
  3. Terima kasih kerana menulis tentang2 aktiviti2 dan isu2 berkaitan. PREP dan PEP ni sangat kurang info di Malaysia, dan bagi orang seperti saya yang tidak mempunyai network, saya sendiri tidak tahu dimana saya boleh mendapatkan info tentang PREP/PEP. Semoga tulisan puan turut bermanfaat untuk pembaca2 lain.

    ReplyDelete
  4. inshaallah, boleh google atau cari fb dr Ilias Lee sekiranya ingin berkomunikasi dengan beliau.

    ReplyDelete
  5. ada lg tak bengkel utk PREP utk tahun nie?

    ReplyDelete
  6. Salam nk tnya, kalau suami dah undetected 2kali.. Isteri perlu tak makan ubat prep?

    ReplyDelete