Thursday, July 30, 2015

Datang dan pergi

Memandangkan blog ni tak ramai pembaca, aku ingin meluahkan sesuatu difikiran aku hariini.

Aku terlibat dengan dunia NGO sejak 3 tahun lepas, awalnya aku bermula setelah mengenali seorang manusia hebat iaitu ahp pie. Dia kenalkan aku dengan komuniti HIV. Kemudian sedikit demi sedikit aku mula diserap didalam dunia NGO ini. Aku banyak melihat dari berkata-kata. Bila aku semakin jauh dan terlibat aktif. Baru aku sedar tak semua yang terlibat dengan NGO ini berjiwa sukarelawan. Arwah ahp pie sering berkongsi pendapat dan pengalaman. Dan banyak nasihat dia aku terima untuk terus bergerak dalam dunia NGO ini.

Awalnya aku terlibat dalam 2-3 NGO, tapi akhirnya mula tahu, tak semua kena dengan jiwa aku. Kadang-kadang aku terfikir aku ni bukan siapa-siapa, aku bukan PLHIV pun, dan pendapat aku pun kadangkala tak dipandang, kadangkala aku jadi sering bertanya fungsi diri.

Aku cuba sedaya upaya membantu, tapi agak sedih bila yang dibantu kemudian berlalu pergi. Aku tak harap apa-apa selain sebenarnya hati kecil aku mengharap agar orang yang dibantu untuk berazam membantu orang lain pula.

Tapi kebanyakannya, setelah selesai satu masalah, mereka akan berlalu pergi, senyap. Dan akhirnya tinggallah beberapa kerat ni yang masih cuba menjalankan amanah ini.

Maafkan aku, aku tak meroyan kerana aku sedar jiwa untuk berada dalam komuniti dan terus membantu komuniti tu bukan milik semua orang.

yep, setelah dia pergi, dunia ini terlalu sunyi. Ahp pie, tak pernah membezakan golongan msm atau ex idu, dia tetap membantu, walau dicerca dan dibuang. Dia mengajar aku, untuk jangan sekali melihat orang melalui silamnya, sebaliknya lihatlah apa yang boleh dilakukan pada hariini. Dia juga mengajar aku, biar bergadai untuk kerja2 ini, namun jangan sekali mengharapkan dibayar untuk kerja-kerja ini.

Kadangkala aku tertanya-tanya, kenapa aku terhegeh-hegeh disini?

NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

6 comments:

  1. jangan berfikiran begitu. kerana tak semua merasakan awak terhegeh hegeh. mungkin ada yang rasa annoyed. disgusted, etc..

    tapi ramai jugak yang menghargai, menyanyangi dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda.

    so, dont focus on the negativity tapi focus more on the positivity k?

    keep on writing =)

    ReplyDelete
  2. please, keep on writing coz we need you!

    ReplyDelete
  3. Merindui Arwah Abang Pie.

    Alfatihah

    ReplyDelete
  4. Sokong dgn semangat akak..saya pwn kalau boleh teringin nak terlibat dgn bdn2 NGO ni, tapi x tau bagaimana nak mula..

    ReplyDelete
  5. Sokong dgn semangat akak..saya pwn kalau boleh teringin nak terlibat dgn bdn2 NGO ni, tapi x tau bagaimana nak mula..

    ReplyDelete