Wednesday, July 22, 2015

Pencarian maklumat tentang perkahwinan PLHIV

Ya, aku sedang mencari maklumat ni dikalangan rakan-rakan komuniti. Masalah disini setiap negeri tidak sama prosedurnya, ada yang tidak perlu melalui jalan sukar iaitu memaklumkan pada keluarga, ada pula yang melepasi halangan sukar itu dengan jayanya.

Kadangkala aku pelik juga dengan prosedur yang tidak standard ini.

Namun bagi aku, kita ken kuat dan yakin bahawa jodoh itu ditangan tuhan, kalau sukar manapun, tapi memang dia jodoh kita, kita akan berjaya lalui halangan itu. Tapi kalau bukan jodoh kita, skecil ujian pun dah boleh memisahkan.

Prosedur yang asas ialah perlu memaklumkan seorang ahli keluarga pasangan, seelok-eloknya wali bagi pasangan wanita, bagi lelaki pula seorang juga wakil. Kemudian pasangan dan wakil keluarga ini nanti akan diberi kaunseling oleh pihak jabatan agama islam, yang aku tak pastilah samada mereka ini pakar atau tidak dalam isu HIV.

Bagi aku, antara langkah-langkahnya ialah, dedahkan pasangan dengan maklumat tentang HIV sebanyak-banyaknya, jadikan diri dan bakal pasangan sebagai duta kepada maklumat tepat tentang HIV, jadi berceritalah juga kepada keluarga, lama-lama keluarga akan jadi bermaklumat dan bila sampai masanya, keluarga akan tidak ada halangan.

Itulah yang aku lakukan.

Aku memang terlibat aktif dalam isu komuniti HIV lebih kurang 3 tahun. Keluarga AHP Pie pun pernah datang kerumah, dan ibu sangat menyambut baik. Ibulah juga yang pung pang pung pang bagitahu jiran-jiran tentang fakta tepat tentang HIV, dan itu semua adalah sebelum aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Dan bila bertemu suami, perlahan-lahan aku bagitahu ibu. Ibu terima dengan baik.

Bagi aku, semua ujian sebelum perkahwinan, walau apapun, tidaklah seberat ujian berkahwin itu sendiri. Walaupun aku dan dia sangat bahagia, namun bukankah kebahagiaan itu juga ujian?

Dia, dan seisi dunia ini sekadar pinjaman.


NH
Boleh hubungi aku melalui borang hubungi kami,perlu view page as website jika menggunakan paparan mobile

12 comments:

  1. tahniah atas keikhlasan hati admin terhadap isu yang tidak berpenghujung ni. moga dilimpahi rahmat bersama yang tersayang hingga ke jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah, bila ada kelapangan nnt saya akan call setiap jabatan agama islam bahagian perkahwinan di setiap negeri

      Delete
  2. Kagum dengan cara NH.

    Dulu WR kahwin pun atas usaha arwah Abang Pie, Kak Da & Kak Umie. Alhamdulillah urusan nikah WR bersama suami dipermudahkan. Namun, bukan semudah yang di sangka. WR & suami masih mencari masa yang sesuai untuk memaklumkan kepada keluarga.

    Sehingga kini masih berahsia.

    Tak pasti sampai bila. Semoga kami diberi kekuatan untuk berterus terang seperti NH juga.

    InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam . saudari sy skrg betul2 dalam kesusahan dn memerlukan pertolongan. Boleh saudari contact sy di baqplus@yahoo.com .sy amat2 berharap saudari akn nenghubungi sy

      Delete
    2. Yep bila masa yang sesuai, inshaallah.-NH

      Delete
    3. misa, saya dah email saudari-NH

      Delete
    4. maaf, saya tidak menemui email saudari di inbox, dan bila saya cuba email baqplus@yahoo.com, email tu tak sampai
      -NH

      Delete
  3. Misa...Pls email me at 20143016jun@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Sorry email sy 20142016jun@gmail.com td tu silap

    ReplyDelete
  5. Sorry email sy 20142016jun@gmail.com td tu silap

    ReplyDelete
  6. Misa...Pls email me at 20143016jun@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuma email,tapi asyik failed delivery,mohon guna borang ditepi page ini. Untuk mudahkan komunikasi.
      -NH

      Delete