Friday, August 4, 2017

Adakah anda HIV positif?


Anda sebenarnya sedang diuji dengan hikmah. Mungkin dari kesilapan lalu. Atau juga sekadar anugerah dari yang esa untuk anda mempunyai kehidupan yang lebih bermakna.

setiap negeri mempunyai kumpulan sokongan, dan anda boleh mendapat maklumat tentang mereka di FB juga di internet.

Kumpulan sokongan ini akan dapat berkongsi panduan kepada anda bagaimana untuk memulakan kehidupan sebagai seorang HIV+.

Anda juga perlu meminta temujanji pertama, setelah saringan kedua di klinik kesihatan tempat anda membuat saringan kali pertama.

Sekiranya anda belum membuat saringan di klinik kesihatan, tapi sebaliknya telah membuat ujian menggunakan HIV test kit yang anda dapat sendiri. Anda diminta ke mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan diseluruh Malaysia. Atau di Melaka,anda boleh ke mana-mana Klinik 1Malaysia untuk ujian tanpa nama (setakat ini hanya di melaka, untuk Klinik 1 Malaysia).

Sekiranya anda mempunyai pengalaman tidak enak dimana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan, anda boleh membuat laporan di portal SPAB.

http://moh.spab.gov.my

Tips untuk mudah di Klinik Kesihatan ialah:

Daftar sebagai pesakit luar seperti biasa di kaunter. maklumkan sahaja anda mahu berjumpa doktor kerana demam. Selepas menunggu giliran, dan berjumpa doktor dibilik. Maklumkan bahawa anda mahu buat ujian sukarela HIV, kerana anda merasakan telah terlibat dengan aktiviti berisiko. Elak dari menjawab sebarang soalan, dan tekankan bahawa anda sekadar mahu buat ujian saringan.

Hanya setelah didapati ujian anda ialah reaktif HIV, barulah anda akan dikaunseling oleh doktor atau kakitangan klinik. Dan anda akan diminta membuat ELISA TEST untuk kepastian.

Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur, anda juga boleh layari http://www.klass.org.my dimana mereka mempunyai petugas yang akan membawa anda membuat ujian di klinik kesihatan, secara percuma dan sukarela.

HIV tidak ada simptomp tertentu, lakukanlah ujian supaya kita tidak diselubungi misteri 😊

nota: KLASS,ISLAH MOVEMENT,INTANLIFE ZONE,SINAR SOFIA,MAC,PT FOUNDATION,BAITUL SYIFA, ini semua antara NGO yg boleh dihubungi thru FB, ttg isu HIV



Sebarang pertanyaan sila whatssap kami di 01132503657

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Puan adakah mereka akan paksa kita untuk bercerita?

    ReplyDelete
  4. Inspektor kesihatan akan meminta beberapa maklumat hanya setelah kita didapati positif

    ReplyDelete
  5. kalo yang positif hiv 2 keje kerajaan status dia akan dimaklumkan kepada majikan ke puan

    ReplyDelete