Saturday, March 12, 2016

Suamiku HIV POSITIF,hidup bagai pelangi :)





Abang sehari dua ni sedang cuba berhenti merokok. Aku asthmatic dan abang yang memang seorang perokok yang agak tegar dulu, sedang berusaha keras untuk berhenti merokok. Abang dah pergi rawatan di Klinik Berhenti merokok dan dah berjaya selama 6 bulan haritu. Tapi, sejak 2 bulan kebelakangan ni, abang mula merokok kembali. dan sejak dua minggu lepas, aku mula diserang asthma waktu malam. Jadi abang sedang cuba berhenti merokok kembali :)

Rupanya orang berhenti merokok memang parah juga ye, hehe.

Dalam pada tu aku menerima beberapa mesej dari rakan komuniti yang bertanyakan soal jodoh dan sebagainya.

Teringat aku masa nak berkahwin, pakcik pie pernah mencabar aku dengan beberapa persoalan, tak takut ke orang kata orang plhiv ni mati cepat, dahlah abang jauh berusia dari aku, kenapa pilih abang sedangkan waktu itu aku juga dilamar oleh orang lain yang bukan hiv+.

Aku senyum sahaja. Aku seolah telah lama tahu jawapan bagi persoalan-persoalan tu.

Sewaktu abang melamar aku, abang berjaya yakinkan aku yang dia serius. Dan istikarahku juga banyak membuka jawapan. Lalu aku menerima itu sebagai jalan yang Allah titipkan buat aku.

Pertamanya, aku telah lama jelas dengan isu-isu HIV, aku tahu bagaimana ia boleh berjangkit,rawatan dan kesannya pada orang yang hidup dengannya. Dan satu lagi, aku yakin, setiap jiwa itu lebih besar, pastinya lelaki yang berani menyahut setiap cabaran aku, bertemu dengan mak ayahku ini jiwanya lebih besar dari ganasnya makhluk virus yang bernama HIV. Ia hanya virus dan ia hanya mahkluk, pastinya juga manusia adalah sebaik-baik mahkluk.

Abang sangat matang orangnya, tak kekok kedapur, tak kekok membantu aku, dan abang mencuba sehabis baik sebagai seorang suami. Dia sangat sempurna dimata aku. Apa yang kalian baca ini, hanya sedikit yang dapat aku nyatakan.

Dan macam lagu pelangi petang ini, begitulah kehadiran abang dalam hidup aku. Lalu, mahukah kalian tolak, hanya kerana abang adalah PLHIV?

Kepada semua andai ada yang membaca, sekiranya mengetahui pasangan anda adalah plhiv, lihatlah samada beliau layak menjadi suami anda itu sahaja, tolak tentang HIV. Takdir Allah adalah lebih besar dan yang terbaik.


1 comment:

  1. Puan sangat kuat... saya x tau lagi apa nasib saya.. mcm mna nk berumah tangga dan mcm mna nk mnghadapi kelarga dengan merahsiakan status... dapatkah saya menjumpai suri yang berhati sekuat puan.. mampukan saya berjumpa jodoh yang setia menjaga saya sehingga akhir hayat saya...

    ReplyDelete